Kelantan Perlu Bangkit Segera.

Pemain Kelantan perlu bangkit dari lena jika masih mahu meneruskan impian mempertahankan kejuaraan dalam saingan Piala Malaysia 2011.



Pertemuan seterusnya dengan Sarawak di Kota Bharu, Ahad ini memerlukan kebangkitan segera dari semua pemain dan pihak kejurulatihan pasukan.

Ketika pasukan pencabar lain sudah menunjukkan penguasaan mereka dalam kumpulan masing-masing, Kelantan pula dilihat merudum jatuh tanpa diketahui sebab musabab.


Kekalahan memalukan kepada Felda United menunjukkan betapa Pahlawan Merah bukan sebuah pasukan kebal dan tidak boleh dikalahkan.

Bak kata para penyokong, tiada guna bermain cantik jika gagal menjaringkan gol.

Melihat pada komen tersebut, ada asasnya kerana Felda United tidak bermain cantik selain hanya dapat melepaskan empat percubaan sahaja namun dari percubaan tersebut, dua cubaan mereka berjaya membolosi gawang The Red Warriors.

Justeru itu, mahu tidak mahu, para pemain perlu menjadikan Sarawak mangsa kebangkitan dalam saingan Piala Malaysia.

Sang Kijang tidak boleh lagi leka dan lalai selepas ini kerana saingan peringkat kumpulan masih lagi terbuka kepada semua pasukan. Sedikit kesilapan bakal mengundang penyingkiran seawal peringkat kumpulan.

Dari tiga perlawanan yang akan dihadapi, Kelantan perlu mencatatkan pungutan mata maksimum untuk kekal bersaing sehingga ke peringkat terakhir. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: