Bukan Kekuatan Sebenar.

Enam mata dari dua perlawanan tidak melambangkan kekuatan sebenar The Red Warriors dalam kancah Piala Malaysia 2011.


Ketika pencabar terdekat, Terengganu dan Negeri Sembilan garang memulakan aksi, Sang Kijang masih tercari-cari rentak terbaik untuk menonjolkan kekuatan sebenar.

Buktinya, masih banyak kelemahan yang ditunjukkan para pemain walaupun mencatatkan kemenangan keatas Sarawak dan Johor FC.

Lambat panas dan paling ketara, kegagalan jentera tengah merencana gerak sehingga memaksa pemain penyerang turun kebawah mencari bola untuk melakukan serangan.

Persembahan kurang mantap ditambah dengan sikap beberapa pemain yang bermain sambil lewa hampir mengundang padah kepada The Red Warriors.

Mujurlah perubahan taktikal saat akhir dari ketua jurulatih membuahkan hasil seterusnya memberikan Kelantan kejayaan dalam dua perlawanan awal.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Felda United di Selayang perlu diberi perhatian serius kerana pasukan lawan turut bermula dengan cemerlang.

Benar, mereka (pemain) berada dalam kesukaran ekoran jadual padat yang terpaksa dilalui tetapi semua ini perlu diperbaiki segera seandainya Kelantan mahu kejayaan musim lepas berjaya diulangi sekali lagi.

Justeru itu, aksi dengan Felda bukan setakat merebut pendahuluan takhta kumpulan malahan memperkukuhkan kedudukan Kelantan untuk merebut dua slot ke pusingan kalah mati. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: