Malaysia Lawan Australia, 7 Oktober Depan.

Berita gembira kepada seluruh pendokong Harimau Malaya selepas Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) mengesahkan akan menjadi lawan Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Canberra, 7 Oktober depan.


Apa yang menariknya, ini merupakan pertemuan pertama selepas 20 tahun dimana Socceroos dalam persiapan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia peringkat kumpulan memilih Malaysia untuk perlawanan ujian sebelum bertemu Oman, empat hari kemudian.

Satu penghormatan besar kepada pasukan kendalian Datuk K. Rajagobal kerana pasukan yang berada jauh di kedudukan rangking selain pernah melayakkan diri ke Piala Dunia sudi mengundang untuk aksi persahabatan.

Reputasi selaku penyandang juara Piala AFF ternyata telah membuka mata pihak lawan untuk menguji Malaysia dalam perlawanan tersebut.

Selain itu, perlawanan ini turut memberi peluang terbaik kepada pasukan negara untuk memperbaiki kedudukan rangking selepas terperosok ke tempat ke-146 dunia.

Walaupun cabaran sukar kepada skuad negara, mereka tetap mampu mengundang kejutan kepada Australia andai bermain dengan corak terbaik mengekang pemain lawan yang jauh lebih berpengalaman.

Untuk info, pasukan negara pernah bertemu sebanyak 7 kali melawan Australia dengan perlawanan terakhir berlangsung di Jakarta pada 1992 dimana Sang Harimau menang tipis 1-0. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: