Penyerang pinjaman dari Pahang, Azamuddin Mohd Akil masih lagi gagal menjaringkan gol kepada pasukan The Red Warriors. Dari tiga perlawanan Piala Malaysia yang dilalui setakat ini, Azamuddin dilihat mengalami kesukaran untuk menembusi gawang pasukan lawan.
Selepas cemerlang dalam saingan Pra Piala Malaysia dengan empat jaringan dari empat perlawanan, Azamuddin kelihatan buntu apabila memasuki perlawanan kompetetif.
Lebih membimbangkan, dia bagaikan tidak serasi dengan pemain Kelantan yang lain sehinggakan gagal untuk merencana corak serangan berbahaya terutamanya dengan rakan gandingan, Norshahrul Idlan Talaha.
Mungkinkah Azamuddin tidak dapat menahan tekanan perlawanan selain kurang persiapan mental untuk menghadapi karenah ribuan penyokong setia Sang Kijang.
Jika benar, dia perlu lebih terbuka selepas ini dan bermain seperti biasa dengan memberi tumpuan penuh pada perlawanan yang dihadapi.
Harapan yang disandarkan penyokong bukan sedikit dan mereka tetap berharap Azamuddin mampu untuk membawa Kelantan ke arah kejuaraan kedua yang berturut-turut.
Ayuh Alex, tunjukkan kehebatanmu, serlahkan bakat ketajaman di depan gawang. Kami yakin kamu dapat melakukan yang terbaik untuk The Red Warriors. -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment