Prestasi Pemain Dapat Perhatian Presiden.

Prestasi merudum pemain Kelantan dalam saingan Piala Malaysia mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.



Menurut Annuar dalam kenyataan kepada media, pemain Kelantan menampilkan persembahan di bawah keupayaan sebenar walau mencatat dua kemenangan sebelum ini.

Kekalahan kepada Felda menunjukkan dengan jelas, mungkin kerana cuti rehat yang panjang.

Dapat kita lihat pemain Kelantan tidak beraksi baik dan sedikit leka, kita akan panggil mereka ini secara perseorangan untuk mendapatkan penjelasan, jelasnya.

KAFA juga akan mengadakan perbincangan secara tertutup  tidak lama lagi dan pihak pengurusan selepas ini perlu lebih bertegas.

Kita harap mereka tidak lagi rileks dan enjoy ketika saingan semakin genting. Kembali pada prestasi sebenar.

Sebelum itu, Tan Sri Annuar Musa yang baru tiba dari Amerika hadir menyaksikan perlawanan diantara TRW dengan Felda namun hampa apabila anak buahnya tersungkur dibenam lawan dengan dua jaringan tanpa balas. -RedsfcNews-

Sumber : 
Arena.My
Facebook TSAM.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: