Danial Fadly Abdullah membuktikan mengapa dia masih perlu berada di dalam pasukan Kelantan ketika saingan Piala Malaysia menuju peringkat kalah mati.
Tindakan Karathu memasukkan Danial pada pertengahan babak kedua nyata membolehkan Kelantan membolosi gawang Sarawak empat kali dalam 10 minit seterusnya memberikan tuan rumah tiga mata berharga.
Dia bukan sahaja menjaringkan satu gol malah berjaya membantu merubah tempo perlawanan The Red Warriors ketika membelasah Sarawak di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, malam tadi.
Pengalaman berharga pemain ini banyak memberikan inspirasi dikala pemain sedia ada sedang kebuntuan idea melakukan jaringan selepas asakan bertalu-talu tetap gagal memecahkan benteng pertahanan Bujang Senang.
Ternyata pemain ini masih belum kehilangan sentuhan keramat biarpun dilihat lebih banyak memanaskan bangku simpanan sejak saingan Liga Super lagi.
Dengan hantaran yang menarik selain gerakan cantik bersama Shakir dan Mohd Badri Radzi dari kawasan tengah, dia terus memberikan sumbangan bermakna dengan corak menyerang pantas ke kawasan Sarawak.
Rata-rata penyokong Sang Kijang memuji langkah jurulatih memasukkan pemain ini kerana kesukaran yang dihadapi sejak awal permainan akhirnya terlerai dengan empat jaringan pada penghujung perlawanan. -RedsfcNews -
Photo: Shazli Shamsudin Photography.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 ulasan:
baakal jd legend wlau sumbangan hanya dale 8 9 perlawanan utk kelate,..
kemah daniel. insyaAllah ake jd lagenda.
Bukan Daniel saja yang tampak garang merencana gerakan.Saya lihat Aziz Ismail juga tidak kurang hebatnya. sumbangan beliau mengasak ke kubu lawan patut disusuli dengan pujian.
Harapan ramai moga Aziz dijadikan pemain regular dan disenaraikan ke dalam kebelasan utama pasukan kecuali beliau ditimpa kecederaan.
Tidak ketinggalan Subra yang berperanan penting mengekang asakan lawan sekali sekala.
Tahniah The Reds Warrior didoakan tahun 2011 tetap menjanjikan kecemerlangan !
Post a Comment