Shahrizan no1, no2?

Shahrizan Ismail menggalas tugas berat apabila diletakkan selaku penjaga gol utama skuad Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2011.


Ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat kerana tugasan negara selain kecederaan dua lagi penjaga gol simpanan memaksa Shahrizan menjadi satu-satunya pemain sedia dimasukkan untuk posisi terakhir.

Kemampuan pemain ini sudah terbukti walaupun diturunkan dalam enam perlawanan termasuk perlawanan persahabatan.

Hanya bolos satu kali ketika menewaskan T-Team, Shahrizan menjadi calon paling sesuai menggalas tempat yang ditinggalkan Khairul Fahmi.

Yang dibimbangkan hanya satu, bagaimana jika Shahrizan turut cedera. Pemain mana yang akan dimasukkan selaku penjaga gol gantian?

Tidak boleh tidak, Persatuan Bola Sepak Kelantan dan pengurusan pasukan perlu mencari alternatif lain sekiranya tidak mahu mengalami kesulitan di kemudian hari termasuklah cuba mendapatkan pemain dari pasukan simpanan.

Ketika ini, The Red Warriors hanya memiliki Judtanna Eh Put dan Mohamad Syazwan, tonggak simpanan dari pasukan Piala Presiden.

Syazwan walaupun memberi sumbangan sebahagian besar perlawanan President Warriors selain membantu pasukan muda Sang Kijang muncul johan, dia mungkin akan disisihkan kerana dikhabarkan kurang berdisiplin.


Manakala Judtanna pula dikhabarkan mempunyai keupayaan untuk diletakkan dalam pasukan senior namun faktor kurang pengalaman di peringkat tertinggi menjadi penyebab mengapa dia turut tidak diyakini mampu menjadi penjaga gawang gantian.

Justeru itu, Kelantan mengharapkan Halim Napi sempat sembuh dari kecederaan seterusnya bersedia untuk masuk jika berlaku sesuatu kepada Shahrizan pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: