Kelantan gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila tunduk 1-3 kepada Songkhla FCdalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Membariskan skuad simpanan dalam kesebelasan utama dengan tambahan tenaga import empat orang, Sang Kijang bermula garang apabila menjaringkan gol pertama melalui Chikundi Mpulula, 20 saat selepas wisel dibunyikan.
Gol berpunca dari gerakan pemain tengah, Danial Fadzly disambar Chikundi sebelum melepaskan satu rembatan kencang menewaskan penjaga gol Songkhla, Adirek Maneekeow.
Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan buntu melakukan penyudah menyebabkan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.
Sehinggalah pada minit ke-36, Chikundi mendapat peluang terbaik mengandakan kedudukan selepas hantaran silang Khairul Izuan Rosli gagal dikeluarkan pertahanan Songkhla namun dia memilih menyepak lemah diselamatkan Adirek di atas garisan gol.
Seminit kemudian, giliran Denny Antwi apabila larian solo dari kawasan tengah melepasi kawalan dua pertahanan Songkhla namun sepakan kaki kanan sedikit tersasar.
Percubaan terbaik Songkhla pada minit ke-42 melalui ketua pasukan mereka, Tob Somjai pada minit ke-42 mudah diselamatkan Mohamad Syazwan.
Pada minit akhir babak pertama, Denny Antwi melepaskan satu rembatan volley dari sudut sukar tetapi Adirek lebih bersedia menepis keluar. Sepakan sudut sejurus selepas itu menyaksikan tampanan Rizal Fahmi sedikit melepasi palang gol.
Bersambung babak kedua, Kelantan dan Songkhla melakukan beberapa pertukaran pemain.
Tempo perlawanan perlahan ditunjukkan kedua-dua pasukan setelah hujan mula turun dengan lebat. Memasuki minit ke-64, Songkhla menguji melalui rembatan jarak jauh Kwadwo Boamah tetapi tersasar.
Usaha berterusan Songkhla membuahkan hasil pada minit ke-70 selepas Manop Sornkhaw menampan masuk sepakan sudut yang dilakukan Kwadwo.
Mereka hampir menambah jaringan tiga minit selepas itu namun cubaan yang dilakukan Lee Hwa Seub dapat dibaca Mohamad Syazwan.
Tidak lama selepas itu, Lee Hwa Seub menebus kehampaan dengan sepakan dari jarak dekat selepas sepakan sudut yang dilakukan Tob Somchai gagal dikeluarkan Syazwan untuk gol kedua pasukan pelawat.
Songkhla terus mengganas dengan jaringan ketiga apabila pemain berjersi lima belas mereka yang baru dimasukkan melakukan gelecekan cantik sebelum merembat masuk pada minit ke-84.
Selepas jaringan tersebut, Kelantan yang membariskan Ramzul dan Denny di bahagian serangan bertindak melancarkan serangan demi serangan tetapi mudah dipatahkan barisan pertahana yang diketuai Ittiphon Nudrha.
Selepas tambahan masa tujuh minit, perlawanan ditamatkan dengan keputusan Kelantan tewas dengan jaringan 1-3.
Kesebelasan Pemain
Kelantan: Datuk M. Karathu.
Mohamad Syazwan (Halim Napi), Danial Fadzly (Khairan Eroza), Wan Zaman Mustapha (S. Subramaniam), Khairan Ezuan Razali (Nidzad Ayub), Jocip Bonasil, Emmanuel Okine, Denny Antwi, Chikundi Mpulula (Ramzul Zahini), Aris Zaidi (Zulyusri Che Harun), Nik Shahrul Azim, Khairul Izuan Rosli dan Rizal Fahmi Rosid (Kp).
Songkhla FC: Woorawoot T. Srimaka.
Adirek Maneekeow (Gk), Samsem Nhima, Tob Somjai (Kp) (Korakot Wiriyaudosiri), Siroj Meebon (Jithep Hamsanit), Wittawat Eamram (Lee Hwa Seub), Saksan Rakhmud, Panai Kongpraphan (Amorn Mhudlead (Ittiphon Nudrha), Kwadwo Boamah, Sompop Paiyajinda, Chang Seung Weon dan Vorravet Chanuthai.
Statistik Perlawanan
Gol
Kelantan 1-3 Songkhla
Percubaan
Kelantan 15-17 Songkhla
Offiside
Kelantan 6-2 Songkhla
Sepakan Sudut
Kelantan 6-10 Songkhla
Kad Kuning/Merah
Kelantan 1/0-0/0 Songkhla
Posisi Bola (%)
Kelantan 50-50 Songkhla
0 ulasan:
Post a Comment