Prebiu Perlawanan Persahabatan : Kelantan lawan Songkhla FC.

The Red Warriors turun aksi persahabatan menentang Songkhla FC dalam misi persiapan suku akhir Piala Malaysia dan perlawanan percubaan kepada empat pemain import yang dibawa datang dari tiga negara.


Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


Apa yang istimewanya perlawanan ini, pihak pengurusan Kelantan mahu para penyokong menilai sendiri aksi kesemua empat pemain yang dibawa dari Ghana, Crotia dan Malawi.

Selain itu, pertembungan dengan Songkhla turut akan digunakan untuk menilai aksi para pemain sama ada mereka sudah siap sedia bertempur menentang lawan sejiran di Kuala Terengganu.

Perlawanan pertama di Songkhla bulan lepas dimenangi Sang Kijang dengan jaringan 1-0 tetapi keputusan tersebut tidak diambil kira kerana berlakunya kerosakan lampu limpah menyebabkan perlawanan terpaksa dibatalkan pada pertengahan babak.

Berdasarkan kekuatan semasa, kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang untuk mencatatkan kemenangan dimana Songkhla FC yang dijangka membawa turun tujuh pemain import mungkin cuba untuk menewaskan tuan rumah di tempat mereka.

Manakala Kelantan pula yang dibarisi empat pemain import mungkin akan melakukan beberapa pertukaran taktikal bagi memberi ruang pemain ini menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang lain.

Senarai Kemungkinan.

Kelantan


Kemungkinan besar Kelantan bakal menurunkan pemain simpanan untuk perlawanan persahabatan ini. Dijangka Shahrizan Ismail menggalas tugas utama selaku penjaga gol selepas Khairul Fahmi dipanggil memperkuatkan skuad Malaysia. Mohamad Syazwan, Judtanna dan Halim pula selaku penjaga simpanan.

Barisan pertahanan kemungkinan beberapa pemain utama sebelum ini direhatkan dimana pemain gantian seperti Rizal Fahmi, Nik Shahrul Azim, Zairul Fitree bakal memulakan aksi selaku pemain utama. Salah satu tempat diberikan kepada Jocip Bonacin, import dari Crotia. Wan Rohaimi mungkin tidak diturunkan kerana masalah keluarga manakala pemain benteng seperti Subra dan Daudsu diletakkan selaku pemain simpanan. Farisham pula tersisisih kerana bersama pasukan negara. 

Tiga lagi pemain import mungkin turut diletakkan di kesebelasan utama. Selain mereka, beberapa pemain seperti Badri, Shakir dan Chanturu mungkin diturunkan di bahagian midfield. Danial hampir pasti bermula di posisi permulaan. Tugasan serangan digalas pemain import. Ramzul turut mungkin menyelitkan diri dalam kesebelasan utama selepas ketiadaan Norshahrul  .

Karathu juga mungkin akan menggunakan semua pemain untuk memastikan mereka cukup cergas untuk aksi suku akhir menentang Terengganu beberapa hari dari sekarang.

Songkhla FC


Woorawoot selaku ketua jurulatih sudah semestinya mahukan yang terbaik buat pasukan kendalian. Bertemu bekas pasukan yang diwakili selama tiga tahun tidak memungkinkan beliau bakal menurunkan barisan lewa. Dijangka empat pemain import mereka akan bermain pada babak pertama manakala yang selebihnya dimasukkan pada babak kedua.

Paling mencuri tumpuan ialah tiga budak hitam. Mereka ternyata menjadi tonggak utama Songkhla sepanjang Liga Divisen satu Thailand. Sani Sidhu, Santos Chayene dan Kwadwo Boabah dibantu import Korea, Lee Hwa Seob sudah membuktikan sengat mereka sepanjang diturunkan. Mereka berempat seringkali membarisi skuad utama dan mampu merencana serangan dari segenap arah andai tidak dikawal dengan rapi.

Selain itu, pemain tempatan mereka tidak kurang hebat. Diketuai ketua pasukan mereka, Samsem Nima selain beberapa pemain seperti Chaiyat Madbiri dan Sirot Meeboon, Songkhla mungkin memberikan banyak masalah kepada barisan benteng TRW. 

Namun, sejak akhir-akhir ini pasukan mereka banyak dikritik peminat ekoran prestasi tidak konsisten tetapi semuanya tidak menjadi masalah besar andai mereka mampu menyerap tekanan bermain di tempat lawan.

90 minit masa perlawanan di Kota Bharu menjadi medan penting kepada Songkhla memberikan saingan sengit selepas kecewa gagal membalas jaringan awal Azamuddin di tempat mereka dalam aksi persahabatan pertama tempoh hari.

Info Tiket:

Rm5.00 Terbuka
Rm10.00 Astaka
Sila beli di kaunter tiket stadium bermula jam 3 petang.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.