Rumours : Muslim Angkat Kaki Ke Pahang FC.

Pemain pertahanan The Red Warriors, Muslim Ahmad akan meninggalkan mereka untuk menyertai Pahang FC musim depan.

Bukan lagi rahsia dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia berita penghijrahan Muslim menyertai Tok Gajah.

Menurut sumber dari kelab penyokong Pahang, rombakan besar-besaran Pahang musim hadapan menyaksikan ramai pemain ternama akan menyertai mereka.

Salah seorang pemain yang direkrut adalah Muslim.

Pahang telah melakukan perubahan besar termasuk pertukaran jurulatih bagi memperkasakan kembali skuad mereka selepas terumbang ambing pada musim ini.

Mereka juga terselamat dari jatuh ke Liga Perdana selepas mendapat 3 mata percuma hasil bantahan keatas Kedah yang menurunkan pemain yang digantung.

Muslim Ahmad menyertai Kelantan pada saingan 2016 dan berjaya memberi impak kepada barisan pertahanan pasukan membentuk gandingan bersama McKain serta Norhafiz Zamani.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: