"Saya tak cerita penderitaan saya", Tan Sri Annuar Musa.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kekal dengan pendirian untuk meletak jawatan dari terus memegang Badan Induk Bola Sepak Kelantan tersebut.


Beliau walaupun masih sayang dengan The Red Warriors mahu penganti yang layak mengambil alih jawatan itu darinya dan menguruskan persatuan dengan baik. Annuar juga meluahkan penderitaan yang terpaksa dihadapi ketika menguruskan KAFA sejak 10 tahun lalu.

“Saya tak cerita penderitaan saya. Bila negeri lain bermain di stadium sendiri, percuma sedang­kan saya perlu bayar berpuluh ribu sekali bermain kerajaan negeri lain beri peruntukan kewangan kepada pasukan ne­geri namun pasukan Kelantan tak dapat walau satu sen, semua saya kena cari sendiri.
“Dahulu kos hanya RM5 juta hingga RM6 juta saya boleh cari tetapi pemain sekarang mahu gaji mahal. Mana ada gaji RM20,000 sekarang kebanyakannya RM40,000 hingga RM50,000 sebulan," katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa kecewa bila orang mula tidak faham situasi yang dialami dan timbul fitnah mempersoalkan berkaitan kewangan.
“Ramai orang tidak faham dan mula timbul fitnah, mereka persoalkan duit pergi ke mana?
“Sedangkan dalam bola sepak awak boleh hitung dengan ta­ngan sahaja. Kalau satu perlawanan 10,000 orang datang stadium, harga tiket RM15 maka dapat RM150,000, ditolak cukai, itu ini bersih dapatlah RM100,000.
“Itu kalau bermain di tempat sendiri, di gelanggang lawan tak dapat duit. Kalau sebulan main tiga kali di tempat sendiri dapat RM300,000, semusim darab 11 jadi RM3.3 juta," jelasnya.

Petikan dari Berita Utusan 

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Anonymous said...

sian ke beliau hahaha