Azamudin Akil dikhabarkan menjadi pemain terbaru akan menyertai Kelantan sempena Piala Malaysia 2011.
Khabar angin bertiup kencang di kalangan peminat Pahang, penyerang utama mereka tersebut akan menyertai The Red Warriors untuk saingan Piala Malaysia dan menyambung terus kontrak untuk saingan Liga Malaysia 2012.
Menurut laporan dari peminat Pahang, Azamudin ternyata sudah bersedia menyertai Kelantan selepas tiga musim diusahakan oleh pihak pengurusan Sang Kijang.
Jika Azamudin hadir menyertai Kelantan, dia dijangka akan digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha selaku penyerang utama dalam saingan Piala Malaysia nanti.
Digelar Alex oleh penyokong Pahang, dia merupakan pemain penyerang paling berbakat pernah dikeluarkan dari kem Tok Gajah.
Kehadiran pemain ini dijangka membantu Kelantan menajamkan lagi bahagian serangan yang terlalu mengharapkan Norshahrul.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
8 ulasan:
ok gk ni....kito xdok striker backup tep...harap norshahrul sorg xleh jgk.....
bazir jah..
Rojo akan terus malap.... Ijad mmg takdok harapan lamo doh....
rojo xguno pelue yg diberi..inilah akibatnya kot..huhu
eff
KUALA LUMPUR - Juara Piala FA musim ini, Terengganu bercadang untuk memantapkan lagi pasukan mereka terutama sekali di bahagian tengah dan serangan menjelang saingan Piala Malaysia bulan depan.
Menurut jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim, bagi memantapkan pasukannya itu seorang pemain dari pasukan jiran, Pahang telah dikenal pasti iaitu Azamuddin Mohd. Akil yang akan dipinjamkan untuk memburu piala kedua musim ini.
"Saya harap semuanya berjalan lancar, memang kita ada mengemukakan hasrat untuk mendapatkan Azamuddin bagi memantapkan lagi bahagian serangan dan juga tengah, bagaimanapun ia tidak bermakna kami kurang pemain yang hebat di posisi tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
menurut laporan dr pegawai kafa katanya sah dh.. ahahaha.. kita tgk la staro mano terr...
Harap Alex Lebih Berjaya Di Kelantan..Go Alex Go
Post a Comment