Dua Pemain Pahang Dalam Perhatian KAFA.

Dua pemain Pahang dalam perhatian KAFA untuk dibawa masuk kedalam pasukan Kelantan sempena Piala Malaysia 2011.


Menurut sumber RedsfcNews, keinginan mendapatkan dua pemain disuarakan sendiri Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Kedua-duanya bermain di bahagian serangan dan kredibiliti mereka sudah diakui ramai pihak walaupun Skuad Tok Gajah gagal mempertahankan kedudukan mereka di Liga Super selain tersingkir dari saingan Piala Malaysia.

Dua pemain ini dijangka bakal memperkuatkan Kelantan selepas barisan serangan sedia ada masih gagal membantu Sang Kijang mendapatkan jaringan.

Selain itu, KAFA turut mengharapkan pemain yang akan dipinjam mampu digandingkan dengan penjaring kedua terbanyak Liga, Norshahrul Idlan Talaha dalam usaha mempertahankan kejuaraan piala paling berprestij tersebut di Kota Bharu. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: