Penyokong Kecewa Persembahan Malaysia.

Kebanyakan penyokong yang ditemui RedsfcNews di The Red Warriors Station, Kota Bharu melahirkan perasaan kecewa ekoran kekalahan besar kepada Singapura.


Mereka beranggapan, Malaysia sepatutnya mampu pulang dengan keputusan seri ataupun dengan keputusan lebih baik tetapi hampa kerana para pemain negara mempamerkan persembahan kurang memberangsangkan terutamanya di bahagian pertahanan.

Mohamad Shahril dari Pasir Mas mengatakan, Harimau Malaya sebenarnya dapat menyaingi corak permainan Singapura sehingga berjaya menjaringkan tiga gol tetapi kesilapan pemain pertahanan memusnahkan impian peminat untuk melihat bekalan selesa dibawa ke Kuala Lumpur.

Shahril juga mempersoalkan tindakan Rajagobal menurunkan pemain yang terang-terang melakukan kesilapan mudah sedangkan masih ramain pemain di bangku simpanan lebih layak berada di tempat tersebut.

Menurut penyokong yang mahu dikenali dengan Abe Jat dari Guchil, dia hairan dengan persembahan pemain kebangsaan yang mudah melepaskan jaringan kepada pihak lawan sedangkan Malaysia sendiri untuk mendapatkan satu jaringan tersangat sukar.

Dia turut kecewa dengan aksi para pemain Malaysia kerana memberi terlalu ruang kepada tonggak Import Singapura dari China, Qiu Li melakukan hantaran-hantaran cantik kedalam kawasan penalti. Tiada "man marking" selain memberikan pemain Singapura bergerak bebas menyebabkan mereka dapat menjaringkan gol.

Bagi Encik Fadhil dari Kota Bharu, dia sangat terkejut dengan aksi pemain pertahanan dan mempertikaikan mengapa K. Rajagobal menurunkan pemain yang terang-terang telah melakukan kesilapan dalam perlawanan sebelum ini. Dia sendiri tidak faham dengan percaturan taktikal ketua jurulatih negara sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa akur dengan lima jaringan pemain pasukan lawan.

Walau bagaimanapun, mereka semua optimis Malaysia dapat membalas jaringan Singapura tersebut dalam perlawanan kedua nanti. Mereka harapkan, K. Rajagobal dapat mengambil iktibar dari perlawanan semalam dan berusaha memperbaiki segala kesilapan seterusnya membawa Malaysia ke pusingan ketiga kelayakan. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: