Jangan Salahkan "Apek"

Bolos tujuh dari sepuluh gol keseluruhan dalam dua perlawanan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Khairul Fahmi Che Mat nyata menerima kritikan dari segelintir penyokong Malaysia.


Ramai pihak mahu ketua jurulatih Malaysia mengkaji balik tempat pemain ini dalam skuad Kebangsaan ketika pertemuan menentang Singapura nanti.

Biarpun semua gol tersebut bukan berpunca dari kesilapan Khairul Fahmi, para penyokong tetap secara terbuka melontarkan kata-kata nista kepadanya.

Jika dikaji balik video perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool, kita tidak lihat kesilapan yang dilakukan penjaga gol utama skuad kebangsaan tersebut kerana hampir kesemua gol bolos berpunca dari kelemahan pemain pertahanan negara dimana Khairul Fahmi menjadi mangsa kerana dia berada di posisi tidak kena pada masanya.

Kebanyakan gol jaringan pasukan tersebut dilakukan dalam kawasan penalti dimana tiada seorang pemain Malaysia mencabar menyebabkan gol Malaysia bolos dan terus bolos dengan sangat mudah.

Tidak Khairul Fahmi seorang, seandainya Sharbinee, Nasril ataupun penjaga gol kelas dunia seperti Reina, Valdes dan Van Der Sar sekalipun, bola yang disepak lawan dalam posisi tidak dicabar mana-mana pemain bukan mudah untuk diselamatkan.

Tetapi, komen-komen dari bijak pandai serta para pengkritik tidak bertauliah tetap mempersalahkan penjaga gol yang terang-terang bakal merenggut semangat pemain muda ini dikala saingan maha penting akan dilalui tidak lama lagi.

Selaku peminat setia, kritikan wajar diberikan andai seseorang pemain benar-benar melakukan kesilapan yang membawa padah buruk kepada pasukan tetapi jelas penjaga gol dari Kelantan menerima kritikan ekoran kesilapan pemain pertahanan.

Kita harus sedar, lawan yang dihadapi berbeza amat dengan lawan dari pasukan negara Asean dan Asia Tengah kerana lawan dibarisi gabungan pemain berlaianan negara yang menerima gaji puluhan ribu serta ratusan ribu seminggu berbanding skuad kita hanya belas ribu.

Mengapa perlu disalahkan kepada pemain ini sedangkan barisan pertahanan yang melakukan kesilapan mudah membenarkan pasukan lawan menerjah kubu negara dengan senang lenang.

Photo: Shazli Shamsudin Photography

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

6 ulasan:

ibun_jogho said...

Bocor dlm jumlah yg besar. x meyenangkan sebahagian pminat. Tp sbg pminat & pnyokong, aku msh lg mnaruh harapan & kyakinan pd Apek.

Bkn Apek patut dipersalah, bkn defend patut dpesalahkan, tp smua pmain. Kalau pmain tgh main elok, passing betul, bola sukar utk berada dlm kws Malaysia. Tp ini bkn kawe nk salahkan pmain tgh saje.

Kdg2 tengah buat silap, kmudian bola cepat turun ke kws pertahanan. Pthanan pla longgar, terus ke penjaga gol. Bila bola berada di kawasn gol, antara 2 lah. Sama ada keeper cmerlang, atau pmain lwn gemilang.

Masing2 kena bfungsi di bhgn masing2..

Penontonpun 1 hal. Mmg x dinafikan kelab EPL tu kita minat sgt. Tp cubalah bkorban sikit. Pakai jersey Kuning / Biru sbg tanda tanda sokongan kita. Ni duk pakai jersey team lwn. Mmg player akan btambah gugup sbb pnyokong lwn nampak lbh ramai drp pnyokong sndiri. Kalau mcm ni x ubah mcm main d tmpt lwn.

Rajagobal kata sokonglah pasukan kita, hanya utk 90 minit. Itu umpama rayuan jurulatih Malaysia kpd rakyat Malaysia yang menyokong pasukan Malaysia. Tp sayang..sia-sia..

Ada yg kata "Walaupun aku pakai jersey lwn, tp aku ttp sokong Malaysia". Cehh.. sokong konon. Pakailah jersey kita.

Pmain lwn tgk ramai pnyokong dia, tntu smgt lbh. Cuma dia tgk kalu lbh 70% - 90% pnonton masa tu pakai jersey Malaysia, tntu sikit sbyk mgerunkan mrk. (Mngapa kawe kata 70 - 90% je: sbb bkn smua yg mnonton tu rakyat Malaysia. Biar yg mnyokong pasukan lwn HANYA orang lua sprt Singapura, Indonesia ataupun Thai..kalu ado)

Anonymous said...

nak kutuk pun tgklah level diaorg macamana,team kita macamana.tak patutlah,kalu ltk van der sar skali pun dlm team malaysia,benda yg sama akan berlaku.

Anonymous said...

tak pyh nak salahkan pemain lh kalu peminat sendiri tak ada sifat patriotik, boleh jalan dah... kalu aku main pun aku lps bnyak lg, bkn apa sbg protes kpd peminat y tak dop sifat patriotik, pakaian mcerminkan siapa kita

Anonymous said...

maaf kecek.. keeper pom salah jugak..bukan clean sgt pnampilan apek masa game tu..kita jgn nok bckup sgt wlau tau tu keeper ksygan kita di klate..bkpo gol bolos..sebab defend "stupid" (rajagobal says). ok,kalu salah defend, sapo nok bckup defend? bkpo xdok sapo nok kato buke saloh defend..salah tengah hok xpndai control game..xcekak reti2 nok hold bola..pah tgah pulok kato..bkpo kalah?sebab striker xpndai nok cetak gol?striker pulok tanyo..bkpo saloh kwe ? sebab xrasa sprti bermain di laman sendiri..mcm SS kata "saya xtau nok clebrate gol nga sape2..keliling saya merah..jd sy hnya raikan dgan rakan2 spasukan shj" pnonton plak,bkpo salah kami,kami sokong dua2..coach tu y xpndai nok pilih player,,ptt msukkn diarg ni (y maen 2nd half) awl2 lg....xsah hnya nok pndai bckupla..overall nya..sume salah..kalah tetap kalah..xperlu nok backup sape2..rebuild n cri strgi y apuh utk bdepan sgapore nt..

Anonymous said...

sorry to says.....pasal patriotik nie buke salah ko penyokong hok g....game nie just hiburan bg diaorang lagipun nak tengok game tue kena bayar tiket mahal...bila lagi nak tgk pasukan kesayangan beraksi depan mata....lau nak patriotik time lawan singapura nie penuh penyokong malaysia dgn jersi kebangsaan kita... berbaloi ke bayar beratus ringgit nok sokong team malaysia????????????...

Anonymous said...

apek koya doh loni. arining dok baloh nga gewe habih seluruh dunio tahu. nih lah masoaloh ore melayu, dok atah jah koya. dok atah jah agah. dh la mudo. sapa bilo nk maju. bodo lako2..