Misi Cari Bekalan Selesa.

Kurang dari sejam, Malaysia akan turun menentang Singapura dalam misi mencari bekalan selesa sebelum aksi kedua di Stadium Bukit Jalil, 28 Julai nanti.


Anak didik K. Rajagobal dibantu kehadiran hampir 500 penyokong Harimau Malaya bakal berjuang sehabis daya untuk mencari bekalan di tempat lawan.

Misi tidak mustahil andai para pemain menggunakan segala kelebihan dan persiapan yang telah mereka lalui sebelum aksi petang ini.

Lawan mereka, The Lions melaungkan keyakinan dapat mengecewakan Malaysia berdasarkan dua perlawanan persahabatan yang telah mereka jalani sebelum ini.

Oleh itu, pemain Malaysia perlu turun dengan langkah berani dan mendabik tinggi dada seterusnya menutup mulut lancang pihak lawan tersebut. Tewaskan lawan dengan aksi memukau seterusnya pulang ke tanah air dengan kelebihan untuk aksi perlawanan kedua nanti.

Untuk perlawanan malam ini, K. Rajagobal secara rasminya akan menurunkan Sharbinee selaku penjaga gol utama mengantikan Khairul Fahmi Che Mat. Barisan pertahanan pula diketuai Asrarudin Putra Omar dibantu tiga pemain dari skuad Olimpik, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad dan Fadhli Shas.

Jentera tengah mempertaruhkan Safiq Rahim selaku ketua pasukan, bersama dengan Amar Rohidan, S. Kunalan dan Ismail Faruqi. Bahagian serangan pula mengharapkan Safee Sali dan Fakri Saarani mampu menggegar gawang pasukan lawan.

Harimau Malaya pasti mampu lakukan.

Kredit Photo:
Shazli Shamsudin Photography

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

Anonymous said...

Malaysia Boleh..

Anonymous said...

x rok Fakri tu..jauh sedak Ashaari..

Anonymous said...

paling menate skali main mlm tu fakri.......
aku xtau dia tu seb nyo main posisi mano mlm tu....
nk kato nyere pun x, wing pun x, midfel pun x.....
posisi gotel pe**r bokali......
coach pun bakpo ya minat sgt ko na*e ni........