Pemain Bintang Dikaitkan Dengan The Red Warriors.

Saingan Piala Malaysia masih belum dimulakan namun sudah kedengaran khabar angin beberapa pemain bintang dikaitkan menyertai The Red Warriros dalam saingan Liga Malaysia 2012.


Status selaku juara Liga Super, Piala Sumbangsih dan melayakkan diri ke pertandingan Piala AFC menyebabkan ramai pemain utama skuad negeri lain berminat menyarung jersi Merah Putih.

Ternyata perkembangan pesat Kelantan selaku kuasa baru bola sepak negara menarik minat pemain untuk menyertai mereka.

Mendahului senarai, penyerang Kedah yang juga penyerang utama skuad Kebangsaan, Badrol Bakhtiar. Pemain ini pernah dikaitkan akan menyertai Kelantan pada musim 2011 namun membatalkan hasrat kerana menghormati kontrak dengan pasukan Kenari.

Selan Badrol, ketua pasukan negara, Safiq Rahim turut dikatakan berminat untuk menyertai The Red Warriors pada musim hadapan. Namun begitu, usaha membawa pemain ini menyertai Kelantan bagaimanapun sedikit sukar kerana Safiq dikhabarkan turut dipancing dua buah kelab dari Liga Indonesia.

Dua pemain pertahanan skuad Malaysia, Azmi Muslim dan Yong Kuong Yong turut dikaitkan dengan pasukan juara baru Liga Super tersebut dan pemain ini dinyatakan sudah melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan pasukan Kelantan untuk berada di Kota Bharu bermula Piala Malaysia ini.

Kelantan juga digembar-gemburkan bakal mengikat beberapa pemain berpengalaman seperti Hardi Jaafar, Nizarudin Yusof, Amirul Hadi Zainal dan penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya dari Terengganu.

Sekiranya berlaku perpindahan beramai-ramai pemain luar kedalam pasukan Kelantan, tempat beberapa pemain tempatan dilihat dalam bahaya kerana pemain yang masuk bukan calang-calang pemain. Mereka semua merupakan pemain utama pasukan masing-masing dan kehadiran mereka ke Kota Bharu bukan untuk diletakkan di bangku simpanan.

Dengan tambahan dua pemain import yang mungkin dibawa masuk Persatuan Bola Sepak Kelantan, mungkin berlaku perebutan tempat yang sengit diantara setiap pemain Kelantan pada tahun 2012 untuk tersenarai selaku pemain utama pasukan dalam setiap perlawanan.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

19 ulasan:

Anonymous said...

Fenomena pemula ke arah kejatuhan pasukan.
Cepat naik cepat jatuh.
Cepat jatuh cepat kosong stadium.

RedsFC said...

Wallahualam...

Anonymous said...

xperlu terlalu ghairah utk memikat pemain bintang tu......yg penting pemain sekarang dimantapkan dan dijadikan beberapa pemain skuad piala presiden ke liga super agar lbh banyak pendedahan...jgn jadi mcm real madrid kumpul pemain bintang tetapi tiada bintang pun yg dicapai...jadilah seperti barca yg mengutip bintang dipersada antarabangsa dengan kekuatan pemain muda.....

wady said...

ckup dengan dua awang import..pahtu cari gandingan mat yo jah untuk wak gol...

Anonymous said...

hardi jaafar tak perlu di serapkan ke kelantan musim depan..klau badrul bakhtiar sy setuju

Anonymous said...

kena jaga kualiti team ada sekarang la..
setuju dgn wady,kita perlu hnya mencari penyerang yg bleh menjaringkan gol..2 pemain import dh cukup..nanti terlalu banyak star,pemainan akan jadi laen..masing2 nk tunjuk skill masing2..

Anonymous said...

Komen saya: Menyerupai/sealiran degan kawan2 ln juga...jgn ghairah sgt nk reqruit pemain2 terbaik pasukan lain, dengan keadaan team yg ada sekarang pn KAFA selalu sgt bersuara dengan nada "defisit2"...amik awang import then serap budak2 presiden masuk, bg kelebihan kpd anak2 jati kelate sbb diorg nk mengecap manis berkhidmat kpd pasuke sendiri serta kecap nikmat kemajuan bola dlm karier mereka. Satu lg...Paan (Farhan) rasanya bole diampunkan KAFA untuk main klte, buang chanturu...Badrol kawe xbrehi...dia kalut sikit, kalu perpindahan muroh bole kiro....

Anonymous said...

stuju...

Jen KL said...

nok ambik buleh tp pastikan dengan kontrak 2 thn atau lebih.. kita tidak mahu mereka meninggalkan kita begitu shj bila tamat kontrak nanti.. ko gano awok2 semo.

Anonymous said...

ambo raso lani kita cuma perlukan samada badrol baktiar atau safiq rahim jah. defent dgn striker import doh..nak letak mana lg nak ambik ramai2. xkan nak ubah keseluruhan squad..ore x buat kijo lagu tuh.masalah kito 1 di defent..1 di midfielder dan 1 di striker...tu jah

Anonymous said...

yup stuju,sekarang ni kafa hanya perlu ambil 1 atau 2 player sahaja..safik atau baddrol..kuan yoong,azmi muslim,nizaruddin dan hardi jafar tak perlu lah,smua tu karut...kita dah ada core player kat setiap posisi dan pasukan presiden pun dah ke final,baik kita promote sorang 2 budak presiden ke team senior..ingat weh kalu amik star ramai duit pun pakai byk,import lagi..kata kewangan KAFA kritikal tp bab joli amik player byk pitih pulok..ringkasnya sorang striker dan sorang pemain tengah yg berbaloi perlu diisi..kawe juga stuju kalu chaturu tak sir sambung kontrak sbb dia ni bukan bagus pun..harap laju tapi tak SMART! main bola bukan khudrat semata2 kecerdikan pun perlu ada, ni gak supo bawok keto 140kmj tapi takdok stereng baso jenis walcott dan lennon..

Anonymous said...

pure kelantenese are the better players for TRW

KD said...

attacking midfield badrol, striker import 1, defend import 1... cukup la....laen2 kemah blako dh sek kito...

ada, said...

kalu kiro, kito ado pelapis dh benar.... bek kiri kito ado mat aziz, phtu bek tgh kito kelas dunio dh, bek knn ado daud gn ese,kito kure loni cumo syp kne n penggati piya tkot piya xcekat nk main 60 game season dpn serto striker utma... cdgn kwe, amik striker n bek import hok tggi2, then amik badd nk cover syp, phtu promote khairul izuan rosli utk cede gati gn piya atau pon amik sep2 HMA

Anonymous said...

kalu hanya setakat nak penuhkan quata player baik tak payah lah cukup dah ambil safiq ngan badrul tambah pulak ada 2 mat import pah tu player hok duk juang selama keni nak tohok mana,takan nak ambil player nak suruh duk kat krusi jah lain lah kalu player hak ada tu ada masalah dsplin atau dpt contrak ngan team lain kena carilah ganti,setuju ngan gu kito jgn jadi real madrid wat prabih pitih baik pitih hak ada tu guna untuk main ngan team korea ko jepun ko atau mungkin bagi sesuatu yg berfaedah kpd trw keseluruhannya dan juga kpd penyokong.GOMO KELATE GOMO

ayoh soh said...

Aku kalu TRW menang bukan dengan jaso anak jati gak aku xbanggo mano.xsoh duk besohor la..mitok maaf blako

pok ka said...

napok loni player2 klate hok president 2 bulih kiro doh wi.buwi peluwe la ko sek dio retek..baguh ugok kalu anok jati klate blakow main bru semangat kito g stadium sokmo. tpi gak loni xkemah lagi bahagiye nyudoh.kalu KAFA pk smula amik alex supo 1st11 loni u Piala MAs bolkali klate meme akn jdi terkuat..AFC 2 xtetu ag tpi kat MAs ni bulih belana doh

shahrul said...

slam pada pendapat kawe....the red warrior dah start lupa diri...jg jdkan 2010 bnyk start tapi kita seri dan seri ...bg kawe loni x perlu safiq dan baktiar...sbb permain yg ada dah cukup hebat....baik guna permain import....apa yg penting kerja dalam pasukan..dan sefahaman...atau teamwork mcm (MAN.U)....kawe suka pada player main betul...dan rajin...walau x ada pengalaman....kla nak ambil juga kawe cadangan...amirul hadi zainal...bermain sayap kanan yg leceh....risau kawe kla bnyk start ni.....??????

Anonymous said...

red warrior ayam..