Pertahanan Malaysia Mudah Roboh.

Bukan sekali tetapi berkali-kali.


Itulah perkataan yang wajar diberikan kepada barisan pertahanan skuad Harimau Malaya.

Diberikan pengajaran berguna dua pasukan England nyata tidak diambil iktibar setelah terus melakukan kesilapan demi kesilapan yang membawa kepada jaringan gol kepada pihak lawan.

Dimana kekebalan pertahanan yang diagung-agungkan sejak menjulang Piala AFF Suzuki.

Walaupun dibarisi nama yang telah membawa Malaysia ke saingan peringkat kumpulan Olimpik 2012, tetapi prestasi semasa mereka boleh dipertikaikan kerana persembahan buruk dan goyah.

Biarlah aksi menentang Arsenal dan Liverpool ditinggalkan kerana dua pasukan ini dibarisi pemain terbaik dunia tetapi bagaimana dengan melawan Singapura semalam.

Dari senarai empat pemain Malaysia yang turun bermain dalam kesebelasan utama menentang Singapura, hanya Asrarudin Putra wajar diberikan pujian berbanding tiga pemain sering melakukan beberapa kesilapan mudah.

Benar, Singapura dibarisi pemain import tetapi taraf mereka dilihat sama denga pemain Malaysia dan mengapa pemain negara perlu takut untuk menyekat pihak lawan dari menguasai sebahagian besar padang perlawanan terutamanya dalam kawasan penalti.

Deretan kesilapan dilakukan termasuk leka sewaktu beraksi mengundang padah yang berterusan kepada pasukan negara. Para pemain dilihat menampilkan prestasi longlai dan mempersalahkan diantara satu sama lain bila pihak lawan menjaringkan gol.

Empat gol yang disempurnakan pemain Singapura semalam kesemuanya berpunca dari kesilapan pertahanan terutamanya ketika memberi kawalan kepada pemain lawan untuk masuk kedalam kawasan penalti Sang Harimau.

Mujurlah sedikit kesilapan yang dilakukan pertahanan tuan rumah membantu Harimau Malaya membawa pulang tiga gol jaringan tempat lawan.

Perubahan segera wajar Rajagobal terapkan dalam kesebelasan pemain. Bukan lagi dengan melemparkan alasan, saya tahu kerana mereka pemain saya ataupun saya lebih mengetahui sama ada mereka layak atau tidak saya turunkan. 

Jika persembahan ini terus diberikan para pemain pertahanan yang diturunkan dalam perlawanan kedua nanti, mereka dinasihat lupakan saja terus impian beraksi di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia kerana Malaysia sememangnya tidak layak beraksi di tempat itu. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: