Separuh Akhir Piala Presiden Kelantan Berubah Tempat.

Perlawanan separuh akhir kedua melibatkan PKNS FC melawan Kelantan dalam saingan Piala Presiden 2011 berubah ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor.


Perlawanan dijangka akan dilangsungkan bermula tepat jam 4.15 petang.

Menurut jadual asal yang dikeluarkan pihak FAM, perlawanan sepatutnya dilangsungkan di Stadium PKNS bermula jam 4.45 petang namun terpaksa diubah ke venue tersebut kerana terdapat masalah teknikal.

Perkara ini disahkan sendiri pembantu jurulatih, Nafuzi Zain di halaman facebook rasmi President Warriors.

Untuk pengetahuan, Kelantan hadir dengan tekad meloloskan diri ke perlawanan akhir hasil bekalan dua gol yang diperolehi selepas menewaskan pihak lawan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, baru baru ini.
-RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: