Subra Tunjuk Taring.

S. Subramaniam membuktikan mengapa dia wajar dipilih kedalam pasukan senior kebangsaan selepas mempamerkan persembahan cemerlang ketika Malaysia tewas tipis kepada Chelsea, malam tadi.


Ternyata pilihan Ong Kim Swee menyenaraikan pemain ini dalam kesebelasan Malaysia tidak sia-sia selepas pemain pertahanan Kelantan tersebut bukan sahaja bermain dengan cemerlang malah bertindak bijak mengekang asakan bertali arus dari pemain handalan dunia.

Ketangkasan pemain ini menjadi duri dalam daging kepada Salomon Kalou dan Fernando Torres pada separuh masa pertama dengan terjahan bersih selain hadangan keras keatas pemain Chelsea tersebut.

Kombinasi kukuh yang dijana pemain ini bersama Norhafiz membantu Malaysia kekal bertahan sehinggalah pada minit ke-80 dimana sepakan percuma yang dilakukan Drogba menerjah jaring walaupun didakwa tidak masuk.

S. Subramaniam juga menjadi pemain senior terakhir meninggalkan padang perlawanan serta menerima penghormatan selaku ketua pasukan Malaysia oleh rakan sepasukan ketika perlawanan berbaki 11 minit.

Justeru itu, wajarlah anugerah pemain terbaik negara dalam perlawanan malam tadi diberikan kepada Subra walaupun Farizal Marlias turut beraksi cemerlang mengekang asakan menggila pasukan pelawat.


Pujian menggunung kepadanya kerana tidak gugup beraksi di pentas antarabangsa walaupun sudah lama tidak dipanggil bermain di peringkat tertinggi. -RedsfcNews-


Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

Anonymous said...

rajakopal, ejah subra main 1st 11 skuad pra-piala dunia malaysia. jauh sedak subra dari defend hok lain. Daudsu sedak kakloh jugok....!!! jadi blako sep kito tu... Gomo Kelate Malaysia Gomo...

hurairoh said...

kalu subra ado male ni sedak dh depend malaysia.ko gano.