Dua Gol Dua Perlawanan - Alex Jadi Senjata Baru Kelantan.


Dua gol dalam dua perlawanan persahabatan menunjukkan kepada ramai pihak mengapa pemain pinjaman The Red Warriors menjadi rebutan banyak pasukan dalam Liga Malaysia.


Sebelum menyertai Kelantan, pemain yang lebih selesa digelar Alex mendapat tawaran dari lima pasukan termasuklah tawaran serius daripada juara Piala FA, Terengganu.

Namun, dia tekad memilih Kelantan untuk membantu skuad bimbingan Datuk M. Karathu mempertahankan kejuaraan dalam saingan Piala Malaysia 2011.

Ternyata kehadiran pemain ini ke Kota Bharu menjadikan kelibat Azamuddin Akil lebih berbisa setelah membantu Kelantan mencatatkan kemenangan dalam perlawanan yang dirangka khas untuk persiapan pasukan.

Dia bukan sahaja menjaringkan gol tetapi turut membantu pemain lain dengan beberapa gerakan menarik ke arah kubu pasukan lawan.

Berpontensi melakukan penyudah ketika mendapat peluang, dia juga memberikan komitmen seratus peratus ketika diturunkan dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur dan Selangor.

Selepas ini, Azamuddin terus menjadi senjata Sang Kijang bersama dengan Norshahrul Idlan Talaha untuk merobek gawang PDRM dalam aksi terakhir perlawanan persahabatan di Ibu Kota -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

Anonymous said...

kemah keming oghe lipis kitow! hihi

Anonymous said...

Aku jangka lepas ni mesti ramai orang lipis sokong TRW. AKu teringin nak tengok banner besar kat stadium tertulis TRW KUALA LIPIS. Mesti best!