Kelantan merupakan salah satu pengeluar pemain muda terbaik di Malaysia apabila kebanyakan pasukan merekrut pemain dari negeri ini untuk pasukan belia mereka.
Sejak zaman berzaman, Kelantan adalah lubuk banyak pihak untuk mendapatkan pemain terbaik.
Tetapi sayang, pasukan Kelantan tetap berterusan gagal memberi ruang yang luas kepada para pemain berbakat untuk tampil lebih cemerlang di peringkat senior.
Jika dahulu, para pemain muda mudah mendapat peluang untuk bermain di peringkat atas ekoran penghijrahan saban tahun pemain utama kepada pasukan lain.
Lihat saja pada tonggak ketika ini, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Mohd Badri Radzi dan beberapa pemain lagi, mereka semua bermula di peringkat Presiden dan mula menempa nama dalam arena bola sepak tempatan bila cukup masanya.
Namun kini, sukar para pemain muda untuk menembusi pasukan utama menyebabkan bakat yang ada pada mereka tenggelam begitu sahaja andai tiada pasukan luar mengontrakkan mereka.
Mujurlah bakat yang ada pada Izuan Salahudin, Aris Zaidi mula mendapat kepercayaan pihak pengurusan menyebabkan mereka dapat mendaki tempat lebih tinggi tanpa perlu bersusah payah.
Bagaimana dengan pemain lain yang cukup umur, tempat dalam The Red Warriors lebih gemar diberikan kepada pemain bintang walhal bakat muda tidak kurang hebatnya jika diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Benar, Presiden KAFA pernah menyatakan akan membangunkan sukan di peringkat akar umbi tetapi adakah dia menjanjikan tempat dalam skuad senior andai para pemain sudah cukup umur.
Tidak, mereka perlu bersaing dengan nama yang "star" untuk berada dalam pasukan menyebabkan para pemain muda terus terpinggir.
Anda kenal Famirul Asyraf Sayuti, penyerang Pahang untuk tahun 2011. Dia dikhabarkan pernah cuba untuk memasuki Kelantan pada tahun 2010 tetapi tidak diberikan ruang oleh The Red Warriors menyebabkan dia memilih menabur khidmat dengan Tok Gajah.
Ketika ini, Famirul menjadi rebutan ramai pasukan dan Kelantan antara pasukan yang mahu mendapatkan tandatangan pemain ini. Dia menerima pujian menggunung dari para peminat setia bola sepak negara dengan aksi cemerlang dan baru-baru ini menerima penghormatan menyertai sesi latihan bersama pasukan pilihan Malaysia menentang Chelsea.
Sampai bila kita menjadi pengeluar tetapi tiada ruang kepada mereka untuk menabur bakti dengan pasukan sendiri.
Adakah dengan sudah mencipta nama baru kita mahu ambil mereka kedalam pasukan. Hanya pihak pengurusan KAFA yang tahu. -RedsfcNews-
9 ulasan:
jika FAM membenarkan penggunaan pemain import, bakat2 muda ini akan terus tenggelam tanpa berita. Ini yang kita toksir
selagi generasi yg ada boleh menyumbang, tidak salah utk kita kekalkan.. yg muda kasi peluang jarang2 ok la.. kita kena ingat, kalo kite buat rombakan drastik terhadap sesebuah pasukan, keserasian akan hilang dan keharmonian dalm pasukan juga terjejas
harap2 akademi alhambra dapat melahirkan pemain2 yg berbakat seperti barcelona
Kenapa KAFA tidak menubuhkan satu lagi pasukan untuk menjadi adik muda kepada pasukan senior. Mereka boleh bersaing di peringkat Liga FAM atau Priemer.
Kalau mereka dapat menunjukkan kecemerlangan pastinya mereka dapat mengangkat diri ke LIga Super.
T Team contoh yang sedia ada di depan mata !
Fenomena sebegini adalah perkara biasa dalam dunia bolasepak moden. Lihat saja Liga Eropah jarang sekali mereka menggunakan pemaib dari skuad muda mereka. Kalau pemain yg benar benar menonjol baru diangkat kedalam skuad senior mereka. Jika pemain diambil dari skuad muda saja maka team tu tidak begitu kompetitif dan tak ada daya saing.
TRW telah megambil lima pemain muda untuk diserap ke skuad senoir. Itu bagi saya sudah mencukupi untuk future player.
saya sokong kalau KAFA menubuhkan satu lagi pasukan untuk menjadi adik muda kepada pasukan senior. Mereka boleh bersaing di peringkat Liga FAM atau Priemer.
buat K-team pulok,player mdo2 klate,
bakpo k-team plak...army la..sbb kita dk tgh rekrut dh loni tuh...
itu lumrah...kalu semua pemain muda kelantan nak di serapkan ke skuad senior, lamatnya kena buat pasukan kelantan A,Kelantan B, Kelantan C laaa...Utk skuad senior mesti management mahu pemain berprofile tinggi setanding ngan gaji yg di bayar..Bola not also bakat semata-mata but it's bussiness....tapi pemain muda contohnya dari skuad"ARMY",sebaiknya pemain2 pemain inin bukan semata2 di latih & mencungkil bakat tetapi di sertakan kontrak supaya jika ada pasukan yg berminat dgn bakat mereka, produk2 ini mendatangkan pulangan kpd KAFA selaras dgn pelaburan yg di keluarkan..
Post a Comment