Kelantan buat persiapan awal dalam usaha mempertahankan kejuaran Piala Malaysia 2011.
Pemain Kelantan kini dalam tempoh bercuti setelah menyertai kempen panjang Liga Malaysia dan mula menyertai sesi latihan pada hari Jumaat nanti.
Menurut Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim, para pemain dijadual melaporkan diri pada hari esok dan akan menjalani latihan dibawah kendalian Datuk M. Karathu.
Namun begitu, Kelantan tidak dapat mengumpul skuad penuh dalam sesi latihan kerana beberapa pemain utama dipanggil mewakili skuad negara termasuklah Shakir, Farisham, Rizal, S. Chanturu, Izuan Salahudin dan Khairul Fahmi.
Norshahrul dilaporkan masih mengalami kecederaan manakala Norhadi Ubaidillah sedang berada di China mewakili pasukan negara untuk menyertai pertandingan Sukan Universiti Dunia.
Dalam perkembangan lain, Kelantan dalam usaha mendapatkan dua pemain pinjaman untuk saingan kali ini.
Ura-ura menyebut, Azamudin Akil bakal dibawa ke Kota Bharu tetapi kedudukan pemain ini masih belum dapat dipastikan kerana tidak mendapat pelepasan dari Pihak Persatuan Bola Sepak Pahang (PBSNP).
Selain itu, seorang lagi pemain dikhabarkan dari Perlis tetapi pemain ini masih belum memberi sebarang jawapan kepada pihak KAFA manakala dua pemain dari Harimau Muda memilih untuk bersama Selangor. -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 ulasan:
skali soh milik klate.... skali x dapat plepase... hk mano so ni pakar romous.... seloklah ok
meme soh doh milik kelate.. dh dio kata nk mari kelate// tp presiden tok lepas nok wakk guano terr.. kekekeke
bakk kato gapp.. mujur mena doh sapa info tuss.. kehkehkehkeh..
amikla RUK tuu..mano tau main ngan kito dio jd molek..
Post a Comment