Pemain Utama Dijangka Turun Aksi Lawan Selangor.


Perlawanan persiapan pertama sempena saingan Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur di Lembah Klang berjaya diharungi dengan cemerlang anak didik Datuk M. Karathu.


Esok, The Red Warriors bakal menguji sebuah lagi pasukan negeri iaitu Selangor untuk melihat sejauh mana tahap persediaan pasukan sebelum tirai perlawanan sebenar dibuka.

Ketika ini, para pemain Kelantan berada dalam situasi terbaik walaupun kehilangan dua pemain tonggak kepada pasukan Olimpik selain tiga pemain dilaporkan masih mengalami kecederaan.

Melihat pada pertembungan menentang skuad warga kota, dijangka Karathu bakal menurunkan barisan pemain utama di permulaan babak melawan Gergasi Merah Kuning untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan kombinasi yang telah diatur.

Pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha, Azamuddin Akil terus diberi peluang untuk beraksi kerana dua pemain ini kemungkinan besar bakal menjadi peledak utama Sang Kijang untuk Piala Malaysia nanti.

Begitu juga dengan posisi tengah, kesemua pemain yang sering mengisi kesebelasan utama pasukan bakal memulakan perlawanan selaku kesebelasan utama.

Jentera pertahanan banyak pilihan boleh digunakan dengan kesemua pemain cergas untuk perlawaan.

Persoalan kini ialah pemain mana bakal diletakkan selaku penjaga gol utama. Ketiadaan Khairul Fahmi dan Norhadi yang sedang mewakili negara memberi peluang kepada penjaga gol veteran turun beraksi.

 Halim Napi dikhabarkan masih tidak kehilangan sentuhan setelah menunjukkan aksi baik ketika melawan Kuala Lumpur dan Mohd Shahrizan Ismail pula memberi saingan sengit kepada Halim untuk beraksi tetapi tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Pada babak kedua, pihak kejurulatihan Kelantan digesa memberi peluang kepada beberapa pemain simpanan untuk turun beraksi termasuk tiga pemain President Warriors.

Mereka perlu diberi ruang beraksi dengan lebih kerap kerana kemungkinan besar bakal diturunkan dalam perlawanan jika pemain utama mengalami kecederaan dalam saingan Piala Malaysia.

Menentang Selangor, ketua jurulatih Kelantan mungkin mengatur strategi untuk mencari kelemahan ketara kesemua pemain. Keputusan perlawanan tidak penting kerana paling utama, mereka perlu mengelakkan kecederaan sebelum aksi peringkat kumpulan yang akan bermula tidak lama lagi. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Anonymous said...

v ko presiden sudoh ar, nati sep selangor wt bnda xmolek, xpo kaloh pon