Penyokong Kelantan Terus Beri Sokongan.

Penyokong Kelantan membuktikan nilai mereka apabila terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada The Red Warriors dalam setiap perlawanan.



Hanya perlawanan berstatus persahabatan tetapi Tentera Merah tetap turun meredah segala kesusahan untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan dukungan.

Dari serata ceruk tak kira dalam dan luar negeri, penyokong berkumpul di kawasan stadium dengan niat untuk bersama-sama dengan para pemain berjuang diatas padang.

Walaupun dikenakan tiket (perlawanan persahabatan lain tidak dikenakan tiket), dilabel kurang etika ketika perlawanan sedang berlangsung, penyokong Kelantan terus hadir memberikan sokongan padu.

Bagi Pengarang, Mereka ternyata menjadi lubuk duit buat setiap persatuan bola sepak di Malaysia selain mendatangkan keuntungan cepat tanpa perlu berusaha lebih kerana menganjurkan perlawanan dengan Kelantan menarik kehadiran ramai hadirin ke venue perlawanan.

Baru-baru ini mereka diberikan pengajaran apabila FAM mengenakan tindakan denda kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ekoran kelakuan buruk sewaktu perlawanan akhir Piala FA di Bukit Jalil.

Tetapi, itu semua sudah "kalis" bagi penyokong Kelantan kerana umum sudah mengetahui FAM hanya cepat mengenakan tindakan jika membabitkan The Red Warriors tidak pasukan lain.

Namun, halangan, kutukan, cacian, tohmahan yang dilemparkan hanya sia-sia kerana mereka tetap menjadi satu komuniti yang memeriahkan stadium dalam setiap perlawanan.

Dijangkakan penyokong Kelantan akan terus hadir ke setiap venue selepas ini dan kita harapkan tuan rumah dapat menarik minat penyokong mereka pula untuk sama-sama menyaksikan perlawanan bagi mengelakkan kandang sendiri jadi milik Tentera Merah. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 ulasan:

DiariAsrul said...

Walau di mana pun permainan di langsungkan, bila bermain semuanya tidak menjadi halangan kepada penyokong setia The RED WORRIORS ni.. tak pernah fed-up menyokong pasukan kesayangannya.. TAHNIAH!! GKG.

Anonymous said...

Yg patut kena denda ialah orang yg baling mercun tu.. Bukan KAFA.. KAFA tak bersalah.. Orang yg baling tu kena denda ban seumur hidup tak leh masuk stadium mcm Liverpool buat.. Baru dia reti..

Denda ni bukan nak insafkan penyokong.. Ianya lebih kepada nak kaut untung jah.. Kita tengok dgn mata hati.. Bukan dengan kepala lutut supo FAM tuh..

Anonymous said...

SETUJU..ORANG YG BALING ATAU MILIKI MERCUN..HALANG MASUKI STADIUM..

Ku Yoe said...

Amik mercun bubuh dalam seluar hok mekong tu...pastu cucuh api...biar nyo ilang "anu" dio....