Piala Malaysia 2011: Analisis Ringkas Kumpulan C.

Kelantan.


Turun selaku juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan menerima sedikit tekanan untuk mempamerkan permainan seperti mereka tunjukkan ketika muncul pemenang Liga Super, baru-baru ini. Namun, satu kemujuran buat pasukan kendalian Datuk M. Karathu kerana diundi dalam kumpulan yang dianggap mudah.

The Red Warriors sedang dalam rangka persiapan pasukan tetapi mendapat sedikit khabar buruk setelah beberapa pemain yang ingin dibawa masuk selaku pemain pinjaman dirampas pasukan lain. Harapan kini disandarkan kepada seorang penyerang Pahang untuk menerima panggilan Sang Kijang memantapkan pasukan sebelum saingan bermula.

Persiapan pasukan turut tergendala dengan beberapa pemain utama berada dengan pasukan negara disamping kehilangan penyerang utama ekoran masalah kecederaan berulang.

Walau berada dalam kumpulan mudah, Kelantan dijangka menerima saingan sengit dari Johor FC dan Sarawak manakala Felda United mungkin dapat ditundukkan dalam dua perlawanan secara timbal balik andai pihak lawan kekal memilih venue keramat Sang Kijang selaku gelanggang tuan rumah.

Target buat masa sekarang yang perlu diambil perhatian oleh pihak kejurulatihan Kelantan ialah melepaskan diri terlebih dahulu dari peringkat kumpulan dengan mengutip mata maksimum dalam setiap perlawanan yang berlangsung di gelanggang sendiri selain cuba mencatatkan keputusan positif dalam dua perlawanan di gelanggang pasukan lawan.

Selepas itu, barulah mereka menetapkan target yang lebih tinggi dalam pusingan seterusnya.

Johor FC.


Menjadi pasukan pilihan kedua untuk mara ke perlawanan suku akhir nanti. Menamatkan saingan di kedudukan ke-7 Liga Super, Johor FC mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan seterusnya andai rekod kecemerlangan pasukan dari Selatan itu diambil kira.

Pada 2010, mereka dapat layak sehingga ke separuh akhir tetapi akhirnya kecundang 1-2 kepada Negeri Sembilan walaupun berjaya menang pada perlawanan pertama di arena lawan. Justeru itu, skuad Lebah tentu mahu mengulangi pencapaian cemerlang untuk saingan kali ini.

Dijangkakan Azuan Zain akan memperkuatkan pasukan dengan beberapa pemain pinjaman tetapi masih belum dapat dipastikan pemain mana akan menyertai mereka namun berdasarkan pemerhatian yang dilakukan pada saingan liga, kemungkinan pemain posisi penyerang yang ingin mereka rekrut kedalam pasukan.

Dua pemain penyerang mereka menganggotai pasukan negara tetapi dalam perlawanan Liga, Johor FC hanya mampu meledak sebanyak 26 gol sahaja sepanjang 26 perlawanan. Oleh itu, Azuan Zain perlu mencari cara bagaimana untuk menajamkan sentuhan penyudah kerana dalam Piala Malaysia, pasukan yang mampu menjaringkan gol lebih banyak dari pasukan lawan akan mara sehingga ke perlawanan akhir.

Sarawak


Status selaku naib juara Liga Perdana, Sarawak dijangka menjadi duri kepada Kelantan dan Johor FC untuk mara ke peringkat kalah mati Piala Malaysia kali ini. Pasukan dari Borneo tidak layak beraksi pada musim lepas kerana tidak berada dalam senarai empat pasukan terbaik liga premier tetapi pada tahun ini mereka secara automatik ke Piala Malaysia dan juga Liga Super 2012 selepas menamatkan kempen di belakang PKNS Selangor.

Sarawak yang dikendalikan Robert Albert dikhabarkan memberi tumpuan penuh untuk saingan Piala Malaysia dengan harapan untuk mencatatkan keputusan terbaik pada penampilan kali pertama selepas tiga tahun. Azimat mara sehingga ke final pada tahun 2000 bakal dipergunakan sepenuhnya pasukan dari Bumi Kenyalang untuk menjadi dua pasukan terbaik peringkat kumpulan ke suku akhir.

Rangka persiapan mereka bermula seawal sebelum puasa dimana Sarawak mengadakan beberapa jelajah di seluruh negeri untuk mengadakan perlawanan dengan pasukan tempatan. Mereka juga menjemput tiga pasukan dari semenanjung untuk bertanding dalam kejohanan yang mereka perkenalkan dan muncul johan kejohanan tersebut.

Dengan semangat tinggi yang ditunjukkan para pemain dan pihak pengurusan pasukan, tidak mustahil Bujang Senang dapat memecahkan monopoli Johor FC dan Kelantan untuk mara lebih jauh dalam Piala Malaysia nanti. Siapa tahu.

Felda United


Pasukan yang berada di tangga kesebelas saingan Liga Super mengenepikan ramalan awal akan menjadi antara pasukan pencabar takhta. Namun menunjukkan persembahan baik dalam Piala FA sebelum ditunjukkan jalan keluaroleh The Red Warriors.

Catatan Piala Malaysia 2010 menunjukkan keputusan sebaliknya apabila kejuaraan yang digenggam dalam Liga Premier langsung tidak membantu mereka mencatatkan kejutan apabila menduduki tangga terakhir peringkat liga.

Pada tahun ini, kejayaan kali kedua mungkin mahu diteruskan sehingga ke peringkat saingan kalah mati tetapi perlu menunjukkan corak permainan lebih tersusun dan tidak membazirkan peluang yang dimiliki. Mereka memiliki nama berpengalaman luas dalam sukan bola sepak tempatan tetapi bisa mereka dilihat tidak menyengat untuk membunuh pasukan lawan dengan habis-habisan.

Khabar gembira sudah diterima dengan janji Kerajaan untuk membina sebuah stadium khas buat pasukan Felda United dan kejayaan mara ke peringkat lebih jauh pada kancah Piala Malaysia musim ini akan memberikan mereka lebih semangat untuk memburu tempat ke pentas lebih tinggil. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

Anonymous said...

kawe jangka kelate vs johor fc final nanti...sbb tahun lepas kelate n N9 dale grup samo...last2 jupo di final..kekekkee

RedsFC said...

ahahaha kita nantikan siapa lawan siapa di final nanti.. x berani luah keyakinan takuk terakk...

AJK(anak jati kelate) said...

apa apa pun yang penting siapa jumpa siap di final akan terjawab akan apabila squad sang kijang yang kita semua harapkan akan mengulangi sejarah membawa balik piala malaysia,seandainya pihak pengurusan red warior membuat satu perhitungan dengan kecederaan player dan jua beberapa pemain kita dalam pasukan kebangsaan,dari sini kita semua sebagai penyokong akan memberi sokongan yang padu untuk the red warior tak kira apa pun perhitungan yang di buat oleh pihak pengurusan ,,,,,
\\\\\\\\\\ APA YANG PENTING KERJASAMA,\\\\\\\\\\
................ GOMO KELATE GOMO...........