Surendran Lengkapkan Pasukan Kelantan.


Seperti yang telah diumumkan RedsfcNews tiga minggu lalu, R. Surendran akhirnya sah melengkapkan kuota pemain pinjaman yang dimahukan pasukan Kelantan untuk saingan Piala Malaysia 2011.


Sebelum ini, rata-rata penyokong tidak mempercayai The Red Warriors bakal merekrut pemain berbangsa India kedalam pasukan tetapi ia dinafikan dengan pengumuman dari Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim, semalam.

R. Surendran yang bermain di posisi penyerang bergandingan dengan Azamuddin Akil pada saingan Liga Super bersama Pahang  dijangka melaporkan diri dengan pasukan Kelantan pada hari Khamis ini.

Dia menjaringkan sejumlah 4 gol untuk Pahang dalam saingan Liga Super dan Piala FA selepas menyertai Tok Gajah dari Selangor, awal musim terdahulu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengalu-alukan kehadiran pemain ini melalui pengumuman di Laman Sosial, Facebook.

Menurut Annuar, pemain ini telah berjanji untuk memberi komitmen 101% sepanjang mewakili Kelantan dan Surendran turut gembira untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar The Red Warriors. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

Anonymous said...

welkam Surend.. go More dengan Kelate sedakkk...

AB///JITU said...

munkin dgn mengambil 2 pemain dari satu negeri/pasukan akan memudah kan dari segi persefahaman permainan.apapun TRW the best