Penyokong Kelantan Semakin Berdisiplin.

Penyokong Kelantan semakin berdisiplin dalam saingan Piala Malaysia setakat ini.


Buktinya, tiada lagi balingan mercun kecuali insiden lontaran plastik gelas kedalam padang sewaktu meraikan jaringan kemenangan Ramzul Zahini, yang lain penyokong The Red Warriors semakin terkawal.

Sekalung tahniah kepada semua penyokong kerana berjaya merubah stadium Sultan Muhamad Ke-IV menjadi tempat selamat buat mereka yang hadir untuk menonton perlawanan.

Jika dahulu, para penyokong saban waktu dan ketika cuba melakukan lontaran mercun, tetapi setakat ini mereka sudah dapat mengawal tingkah laku dari terus melakukan kesalahan tersebut.

Ternyata seruan dan peringatan yang disampaikan oleh semua pihak tidak kira kelab dan orang perseorangan berjaya mendidik para penyokong untuk tampil bersih dalam setiap perlawanan melibatkan tuan rumah.

Jika perkara ini terus berterusan, tiada lagi denda mengarut FAM akan dikenakan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Dan paling penting, penyokong Kelantan akan dilihat lebih bersih dan bertamadun semasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan mereka. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: