FAM Kena Denda.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didenda RM15820 oleh FIFA kerana kelakuan tidak senonoh para penyokong pasukan negara kita menyaksikan perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai.


Menurut berita di laman web Mailsport , FAM didenda RM14,020 kerana sikap penonton manakala RM800 meliputi kos prosedur bagi perlawanan ini.

FAM telah menerima sepucuk surat dari Timbalan Setiausaha Badan Disiplin FIFA, Wilma Ritter selepas laporan daripada komisener perlawanan mengatakan para penyokong Malaysia yang hadir telah membaling gelas air, membakar flare selain memancarkan laser kepada penjaga gol Singapura, Izwan Mahmud.

Sehubungan dengan surat tersebut, FAM telah memberi maklum balas kepada FIFA dan mengakui kelemahan keselamatan ketika perlawanan sedang berlangsung.

Perlawanan berkesudahan Malaysia dan Singapura terikat 1-1 turut tercemar dengan sikap segelintir penyokong membaling mercun sehingga mengakibatkan salah seorang penyokong yang hadir buta sebelah mata. -RedsfcNews-

Sumber berita diedit daripada: http://www.mmail.com.my

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

akim said...

tak po... hok KAFA bui banyok lagi... tapi takziah pado gu kito hok keno mercun tu... hok mano pekong tu jawab la esok2... dunia lepas la...

Anonymous said...

Kita tunggu dan lihat apakah tindakan dan respon FAM dalam isu ini.Sebagai pelariannya, mungkinkah FAM akan membuka mulut dengan menuding jari secara rawak yang penonton Kelantan melakukan onar itu.

Atau paling tidak,isu ini memungkinkan FAM dapat merasa sendiri betapa ngilu dan sakitnya hati diambil tindakan oleh pihak yang lebih berkuasa dalam perkara yang tidak semudarat mana.

Syabas FIFA yang dapat mengajar pihak berkuasa kami yang sering mempergunakan kuasa mutlaknya dalam menghukum persatuan negeri yang tidak digemari

Anonymous said...

yahoo suko nyo kawe ...tq fifa