Getir Buat Kelantan dan Terengganu.

Getir.

Itulah situasi bagi pasukan Kelantan, sehari sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu bagi menghadapi saingan suku  akhir pertama Piala Malaysia.


Ibarat ulangan pertemuan final Piala FA, Sang Kijang memerlukan keajaiban untuk sekurang-kurangnya pulang dengan keputusan seri atau tewas dengan jumlah jaringan kecil. 

Satu bonus jika Kelantan dapat menang disana kerana Terengganu, pasukan yang semakin meningkat naik selaras dengan hasrat pihak pengurusan turut tidak mahu kempunan ke pentas akhir selepas kali terakhir menjulang piala paling berprestij pada tahun 2001.

Malah dikhabarkan dari sana, pemain mereka mendapat tonik semangat dari PBNST apabila ditawarkan bonus lumayan jika dapat menewaskan Kelantan, mara ke separuh akhir seterusnya berusaha ke peringkat akhir untuk mendapatkan kejuaraan selain sambungan kontrak 2 tahun kepada ketua jurulatih ketika ini, Irfan Bakti.

Berdasarkan rekod pertemuan semasa, keputusan seimbang dicatatkan kedua-dua pasukan tetapi jika diperhatikan pada keputusan enam tahun terakhir, Kelantan dilihat lebih berpeluang kerana mengatasi rekod yang dicatatkan Terengganu.

Segalanya masih awal, baki 180 minit bakal menjadi penentu sama ada Kelantan ataupun Terengganu mampu mara ke peringkat seterusnya.

Sama-sama kita menantikan perlawanan yang paling menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak negara. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: