Noorhazrul, Brendan Tiada Dalam Skuad 2017.

Dua pemain tonggak utama Kelantan musim 2016, Noorhazrul Mustapha serta Brendan Gan dilaporkan tidak disambung kontrak mereka untuk musim depan.


Satu kehilangan yang cukup berharga buat The Red Warriors selepas ramai pemain utama yang lain turut angkat kaki menyertai pasukan lain.

Noorhazrul menunjukkan persembahan mantap pada musim lepas walaupun jarang mendapat kesebelasan pertama.

Ternyata tindakan KAFA melepaskan pemain ini satu kehilangan yang cukup besar bagi bola sepak Kelantan.

Sementara itu, tindakan persatuan tidak menyambung kontrak Brendan Gan juga cukup mengejutkan.

Walaupun Brendan tidak mampu beraksi hingga oktober tahun depan, melepaskan pemain ini ternyata kesilapan besar buat Kelantan.

Brendan telah memberikan segala-galanya untuk The Red Warriors dan menjadi antara pemain kesayangan penyokong kerana bukan sahaja corak permainan berbisa malah mesra dengan penyokong setia.

Kehilangan dua pemain ini pasti ditangisi para peminat lebih lebih lagi Kelantan kini berada dalam keadaan tidak menentu selepas kemelut persatuan dan masalah tunggakan gaji.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

Anonymous said...

saye sngoti

Ibnu Jalal said...

brendan tuh hok tok spatut buwe. norhazrul xpo x lekak first pong..

Anonymous said...

parok kafa doh takdok ore nok masuk pah gi buwe plok hok pengalame. injured pn keno jago la mugo deyy siar nati buleh main pulok.