Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia Layak ke Peringkat Kumpulan.

Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri apabila melayakkan diri ke peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Irfan Fazail, Penjaring gol pertama Malaysia
Bermain dihadapan penyokong sendiri, Malaysia melawan tekanan 90 minit untuk kental bertahan sehingga wisel penamat.

Permulaan babak sudah menunjukkan penguasaan Lebanon apabila melancarkan banyak serangan kearah kubu pasukan Malaysia.

Namun Malaysia lebih bernasib baik untuk berada didepan selepas Irfan Fazail menyambut tampanan pertahanan Lebanon sebelum melakukan satu rembatan volley terus menewaskan penjaga gol pelawat pada minit ke-9.


Lebanon mendapat dua peluang untuk menjaringkan gol melalui Mohamad Kojok namun rembatan jarak jauh pemain ini tidak menepati sasaran.

Mohamad Haidar pula menyaksikan rembatan derasnya dari dalam kotak penalti selepas itu terkena palang gol walaupun Khairul Fahmi sudah tertewas.

Selepas bertungkus lumus menyerap asakan pelawat, anak didik Ong Kim Swee menggegarkan stadium dengan jaringan kedua Wan Zack Haikal pada minit ke-41 hasil hantaran cantik Gary Steven Robert dari kawasan tengah.

Bersambung babak kedua, Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Gary Steven dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain tengah Lebanon pada minit ke-52.

Bermain dengan kelebihan seorang pemain memberikan Lebanon banyak ruang mengatur serangan untuk merapatkan jurang.


Usaha berterusan mereka akhirnya membuahkan hasil selepas Chandi Ati menanduk masuk gawang yang terbuka luas hasil lantunan cubaan awal Mohamad Kojok yang diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-63.

Jaringan pertama menyemarakkan semangat pemain Lebanon untuk melakukan banyak serangan pantas kearah pintu gol melalui gandingan Haidar, Chandi Ati dan Mohamad Kojok namun benteng Malaysia kental bertahan.

Pada minit-minit akhir perlawanan, Lebanon meneruskan serangan demi serangan kearah pintu gol Malaysia tetapi Khairul Fahmi dan Muslim Ahmad pantas menafikan cubaan dari pemain lawan.

Selepas tambahan masa dua minit, perlawanan akhirnya ditamatkan untuk Malaysia mencatatkan satu catitan manis melepaskan diri buat kali pertama selepas beberapa tahun.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

padiburung said...

salam admin.. nk tgur skit..

bkn ke player yg dimaksudkn tu muslim ahmad, bknnya azmi muslim.. azmi muslim dh msk skuad senior..

RedsFC said...

ya2.. minta maaf kepada Semua.. silap taip td.. Kesalahan tlah diperbetulkan.. terima kasih kepada saudara Padi.. Mohon maaf dari penulis..