Atur Pertemuan Persahabatan Pilihan Malaysia lawan Skuad Kebangsaan.

Selepas kejayaan Pilihan Malaysia menyekat Chelsea dari berpesta gol, sudah tiba masanya mereka diberi peluang lebih tinggi.


RedsfcNews mencadangkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengatur satu perlawanan persahabatan antara pasukan utama Kebangsaan melawan Pasukan Pilihan Malaysia.

Dari menghabiskan duit kepada pasukan bertaraf kelab lain yang langsung tidak memberi faedah jangka pendek dan panjang, tiada salahnya FAM mengambil inisiatif mengatur pertemuan dua pasukan ini untuk mengukur sejauh mana tahap kekuatan pasukan masing-masing.

Ramai pihak sudah pasti tertunggu-tunggu untuk melihat aksi yang bakal dipamerkan pemain kedua pasukan yang bertanding ini.

Biarpun Pilihan Malaysia turut diwakili pemain skuad Olimpik tetapi jasa pemain senior yang dipanggil tidak boleh dipandang mudah pihak persatuan bola sepak negara kita.

Sebagai contoh, pasukan luar negara seperti Jerman seringkali melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan kedua termasuklah melawan skuad juara Liga utama mereka. Malah, Persatuan Bola Sepak Jerman juga tidak segan silu mengatur pertemuan dengan pasukan wanita untuk melihat kemampuan pasukan negara mereka.

Justeru itu, kenapa tidak FAM mengambil langkah serupa dengan membuat satu pertemuan persahabatan kedua-dua pasukan ini untuk menilai pemain yang mewakili pasukan masing-masing.

Siapa tahu, beberapa pemain dapat diserapkan terus kedalam pasukan senior tidak seperti sekarang. Pemain yang pernah dipilih terus dipilih dan pemain yang hanya dipanggil terus dipinggir bila mana menyertai saingan lebih tinggi.

Kita tidak mahu bakat-bakat yang ada di Malaysia terus disisihkan semata-mata keinginan sesetengah pihak untuk melihat nama-nama regular terus berada dalam pasukan.

Adalah menjadi tanggungjawab FAM untuk memastikan kesinambungan kecermerlangan bola sepak negara terus bertambah maju dari segi mutu untuk mencapai sasaran menuju Piala Dunia 2018. -RedsfcNews-

Sumber Gambar: Shazli Shamsudin Photography

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

5 ulasan:

Azremiey said...

Hmmmmmmmmmmm..mungkin itu kata kita..mungkin itu pernah dilakukan diluar negara... rasa2nya bukan disini. FAM dilihat kurang menyerlah dlm menengahkan idea2 baru utk pembangunan bolasepak m'sia. Kemeriahan bolasepak tak sepatutnya dijadikan medan penjana keuntungan pada FAM.

mat min said...

ya, FAm meme sokmo bersikap g2.. sbb tu bola Malaysia x maju2...

Anonymous said...

kita kelih staro mano game male esok pah kito wak kiro.. ko gano abe lie reds kato.

kuba rabik said...

yo lo. kawe stuju tuh kalu duo team ni kita hatuk skali kelis.

Anonymous said...

setuju sangat2...tapi biarlah rajagobal bersikap lapang dada dalam menilai perlawanan tersebut.