Pemain terbaik Kelantan dalam pertemuan persahabatan antarabangsa baru-baru ini dilahirkan di Split, Crotia. Berumur 27 tahun, pernah beraksi dengan beberapa kelab divisyen dua Liga Crotia.
Jocip merupakan pemain utama pasukan NK Solin ketika bersama pasukan tersebut selama dua tahun sebelum berhijrah ke pasukan NK Mudimurje.
Pada tahun 2007, Josip menyertai HNK Sibenik selama dua tahun dan melakukan 16 penampilan dengan menjaringkan satu gol.
Selepas itu dia berkelana ke FC Unirea pada 2010 dan FC Zhetysu pada tahun 2011. Dia dilepaskan kelab tersebut untuk menjalani latihan bersama kelab Kazakhstan namun beralih arah menjalani percubaan dengan juara Liga Super, Kelantan, baru-baru ini.
Dianggarkan bernilai sekitar 400 000 Pound, Josip Bonacin menunjukkan aksi memberasangkan ketika membantu Sang Kijang mengikat Pelita Jaya FC 1-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV.
Boleh bermain di posisi pertahanan tengah dan pertahanan kiri, Jocip nyata dapat menunjukkan keserasian dengan Wan Rohaimi Ismail untuk menyekat penyerang Pelita Jaya dari menembusi gawang mereka.
Josip turut mempunyai kelebihan dari segi ketinggian selain mampu melakukan hantaran tepat keatas serta dapat membaca arah gerakan serangan pihak lawan.
Jika pemain import dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Malaysia 2011, Kelantan boleh menggunakan khidmat pemain ini namun harus melakukan satu atau dua lagi perlawanan percubaan sebelum benar-benar mengikat Josip dengan kontrak tetap.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 ulasan:
mahalnyo..400k pound.. anggaran hargo.. kemah..
tu dio abe mat Josip kito, tinggi, tekel besih pah mene bola chelen. mempunyai ketinggian supo necas dh ni. ejas boh.
mcm sumber dr wikipedia jer..
hikhik..
takpe wiki yg penting info sampai maa..
Post a Comment