Penyokong Desak KAFA Cari Penyerang.

Penyokong Kelantan mendesak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencari seorang penyerang yang mampu bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha pada saingan musim 2012.


Ini berikutan timbul desas desus pihak pengurusan Kelantan sedang melakukan usaha pengambilan pemain bintang secara besar-besaran kedalam pasukan untuk saingan tahun hadapan.

Setakat ini, mereka kurang berkeyakinan dengan jentera serangan Kelantan yang dilihat tidak mampu pergi jauh kerana terlalu mengharapkan sentuhan penyerang kebangsaan tersebut.

Kelantan menjaringkan 52 gol dalam Liga Super dan menambah 14 lagi gol dalam Piala FA namun para penyokong merasakan Sang Kijang mampu menjaringkan lebih banyak gol andai Norshahrul mempunyai rakan gandingan berkaliber.

Menurut respon yang diberikan rakan pengunjung RedsfcNews, kebanyakan daripada mereka menyatakan nada serupa mahu pihak KAFA melakukan rekrut penyerang kedalam pasukan Kelantan. Kelemahan ketara ditunjukkan beberapa penyerang simpanan yang ada memberikan Kelantan sedikit kesukaran seandainya Norshahrul tidak dapat digunakan.

Kelibat Ramzul Zahini, Nidzad Ayub dan Khalid Jamlus gagal memberikan impak berkesan kepada jentera serangan Kelantan. Tiga pemain ini tidak mampu menyempurnakan tugasan dikala Sang Kijang sedang berjuang mencari tambahan jaringan.

Untuk pengetahuan, Kelantan terpaksa mengharapkan Norshahrul Idlan Talaha selaku penyerang tunggal dalam kebanyakan saingan Liga Super selepas beberapa pemain utama meninggalkan pasukan pada permulaan musim tempoh hari.

Namun, Norshahrul membuktikan kepada semua bahawa kualiti yang ada padanya banyak membantu The Red Warriors menjulang dua kejuaraan pada tahun ini. Walau terlepas anugerah peribadi kepada Abdul Hadi Yahya, sumbangan besar penyerang berasal dari Besut tidak dinafikan sama sekali. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

Anonymous said...

azwan roya jadi striker

Mat Jek said...

kawe rasa kno amik 2 3 player sbb thn ni ramai pemain x paka.. xdok rotation dale team.. sbb tu player jd letih. musim depe tambah2 lg sbb kita main AFC.

Anonymous said...

ambik RUK tuu..mano tahu perangai jadi molek dgn kelate..test dale piala malaysia dulu tengok..