Pengarang tertarik untuk menulis tentang satu isu yang melanda penyokong The Red Warriors baru-baru ini.
Masih hangat, panas, tidak suam-suam kuku dimana Perdana Menteri Malaysia selaku penyokong nombor satu TRW telah mengeluarkan kenyataan kepada hampir 20k (laporan akhbar) rakyat Kelantan untuk menghadiahkan sebuah stadium jika BN menang PRU 13.
Jika yang hadir tersebut penyokong BN, maka pujian menggunung kepadanya kerana dengan komitmen besar dari orang paling berpengaruh di Malaysia sanggup menawarkan pembangunan sebuah stadium untuk pertukaran Kerajaan Negeri Pilihanraya akan datang.
Namun, andai yang hadir itu selaku orang PAS, maka sumpahan terbaik dinyatakan kerana mereka tidak sangka seorang PM boleh dengan dangkal mempermainkan hati rakyat Kelantan untuk menyaksikan sebuah stadium tanpa janji bukan-bukan dapat dibina di negeri Cik Siti Wan Kembang.
KAFA dengan niat suci murni dan BERSIH (haram guna di khalayak sehingga 9 Julai) nyata terkedu kerana akhirnya pecah jua tembelang mereka untuk tidak mempolitikkan bola Kelantan kerana sudah nyata, terang lagi tersuluh "spot light" bahawa akhirnya bola TRW sudah dipolitikkan untuk sebuah stadium.
KAFA memang tidak bersyukur dengan komitmen tinggi kerajaan negeri sekarang untuk membina sebuah kompleks stadium dengan nama Bandar The Red Warriors kerana secara terang-terang menidak keinginan dari pihak Kerajaan pilihan rakyat untuk membangunkan sukan bola sepak negeri.
Malah dengan nada angkuh, mereka menginginkan satu stadium baru sumbangan kerajaan pusat namun akhirnya terpana dek keinginan seorang Perdana Menteri mahukan pimpinan negeri berubah kepada BIRU.
Sayang sekali, janji manis kepada penyokong untuk membina sebuah stadium kurniaan kerajaan pusat yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian akhirnya memakan diri sendiri.
Jika inilah yang dimahukan Perdana Menteri selaku orang nombor satu, nyata saya menerima kata salah seorang ahli pemuda UMNO yakni janji yang dinyatakan tersebut boleh ditangkis dengan hanya dengan kenyataan " UBAH PIMPINAN NEGARA PRU 13 DAN MOHON PR BUAT SEBUAH STADIUM BERTARAF BUKIT JALIL DI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM".
Jadi yang ingin dinyatakan pengarang disini ialah, perlukah menukar Kerajaan Negeri hanya untuk sebuah stadium????? -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 ulasan:
x patut lasung..malu kokram
bodo sapo dio undi BN semata2 nok stadium. tok rajin wak ko ore. malu sungguhh supo kato abe izzat tu.
kawe setuju demo uat entry ni....tahniah...memang napok jelas penyokong kelate yg berbaju merah tlh dianggap sebagai gelombang merah oleh umno...harap2 rakyat kelate sedar la..sokong bola tu sokong jugak..jgn sapa kn tipu....
Post a Comment