Sikap Sombong Rajagobal Undang Padah.

Sikap sombong tidak mahu mendengar pandangan kebanyakan pihak memaksa Malaysia melupakan impian mencipta sejarah baru dalam bola sepak dunia.


Entah kenapa, Datuk K. Rajagobal yang sebelum ini menjadi pengurus paling berjaya pada era moden mula menunjukkan keangkuhan.

Pandangan pihak-pihak yang mahu melihat Malaysia terus maju bukan sahaja diabaikan malahan Rajagobal melontarkan komen balas sehingga mencipta kemarahan para penyokong.

Jika ini yang dilakukan "King K", lupakan sahaja aksi di pentas antarabangsa lain, letak jawatan kerana anda sudah tidak relevan untuk membimbing barisan pemain negara.

Deretan kejayaan yang dicapai dimusnahkan dalam sekelip mata semata-mata untuk mengekalkan pemain yang telah diakui tidak mampu menyumbang sesuatu kepada pasukan.

Lihat pada Amar Rohidan, Muslim Ahmad, Fakri Saarani dan juga Ismail Faruqi (sekadar menyebut beberapa nama), apa fungsi mereka diatas padang pada perlawanan pertama. Tiada langsung fungsi.

Tetapi, mereka tetap diturunkan pada perlawanan kedua dikala pasukan Kebangsaan sedang bertungkus lumus mencari dua jaringan untuk memadamkan defisit gol pasukan lawan.

Ternyata kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Rajagobal memilih kesebelasan utama telah memberikan pengajaran paling berguna dalam saingan peringkat tertinggi mencari tempat ke pusingan selepas ini.

Dengan kekalahan tercipta, rela tidak rela, Singapura akan menggalas cabaran ke pusingan ketiga bersama dengan 19 lagi pasukan yang layak sedangkan pemain Malaysia pulang ke pangkuan pasukan masing-masing bersiap sedia menjalani latihan untuk Piala Malaysia.

Satu pengakhiran yang cukup tidak memuaskan hati dan sangat mengecewakan hati peminat setia Harimau Malaya. -RedscNews-

Photo: Shazli Shamsudin Photography.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

10 ulasan:

Anonymous said...

SGT SGT SETUJU.. MMG RAJAGOPAL BODO DH BODO SOMBONG PLAK...EMM.. PECAT JE RAJABEBAL NI....

kuba rabik said...

dr team impian kepada team hampeh.. sangat hampeh..

Anonymous said...

Cukup kecewa dengan persembahan Hadi Yahya.Status pemegang kasut emas langsung tidak berupaya menunjukkan wibawa di pentas antarabangsa.

Hadirnya sedikitpun tidak menggerunkan skuad Singa.Mundar mandir di belakang pemain lawan hanya menyerlahkan watak amatur.

Hairan saya,bagaimana ketika pasukannya bertemu dengan Felda United tempohari beliau dapat meledakkan 4 gol.Lantas dinobat penjaring gol terbanyak dengan memintas jaringan Mat Yo.

Anonymous said...

rileks bro,adat pertandingan..kalah menang

Jack Serdang said...

ni bukan adat tp silap taktik.. apasal raja tetap mskkan 3 orang defend bangang.. agpun, fakri, ismail faruqi, hadi langsung takde fungsi. kalu x, malaysia da layak ke pusingan ke-3.

Anonymous said...

pls support SUBRA, ZAMANIMISBAH & DAUDSU to join senior team....

RedsFC said...

ok bro.

Anonymous said...

bila menang korang sanjung... bila kalah.. korang bodohkan..... BANGANG tol..!

Anonymous said...

korang marah sebab dia tak suka liverfool...

Anonymous said...

doh tok masuk apex kipol mula 2 wi kipol ganu tak paka apo lucut 5 bute gapo namo rima kipol la....