Enam Pemain Dipanggil Sertai Pasukan Senior.

Skuad Kelantan tidak ketandusan bakat muda untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi selepas membuat keputusan untuk memanggil enam pemain dari Liga Simpanan sempena saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung pada bulan hadapan.


Enam pemain tersebut merupakan tonggak utama pasukan peringkat simpanan dan mereka diturunkan dalam kesebelasan utama ketika muncul juara terbaru Liga Piala Presiden Malaysia 2011.

Mengetuai senarai dipanggil keatas ialah ketua pasukan, Nik Shahrul Azim bersama dengan  Aris Zaidi, Norsyahrul Hawari, Khairul Izuan Rosli, Farhan Yaacob dan juga penjaga gol, Mohamad Syazwan.

Kesemua pemain ini akan bersama-sama pemain senior Kelantan yang lain menjalani latihan persiapan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada tahun lalu.

Selain mereka, Mohd Izuan Salahudin turut telah dipanggil menyertai pasukan senior sebelum ini dan dia telah mencipta nama bersama The Red Warriors dalam Liga Super seterusnya dipanggil Skuad Olimpik Kebangsaan menjalani latihan di Slovakia. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 ulasan:

Anonymous said...

MOLEK2.... DEDAHKAN DI PERINGKAT AWAL LAGI....

Anonymous said...

soho la mat iwe lonim... (keeper)

Anonymous said...

ah ni baru yolo baru sbenar ore Klate...stuju bdoah ambo jika ktengahkan & v plue ko anak jati Klate main.jika nak ambik set star wat abih modal jah.

Anonymous said...

aris zaidi bukan masuk UUM ko?bulih bui komitmen utk team ko?