Hasrat pemain pertahanan Kelantan, S. Subramaniam untuk kembali kedalam pasukan senior negara tidak kesampaian selepas terus terpinggir untuk perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia, pada minggu depan.
Namun begitu, rakan seperjuangan, Norhafiz Zamani Misbah dan Farizal Marlias kembali mendapat tempat selepas beberapa pemain terpaksa digugurkan kerana kecederaan dan tugasan Olimpik.
Ternyata Subra tiada dalam perancangan Datuk K. Rajagobal walaupun mempamerkan persembahan cemerlang ketika mengekang pemain Chelsea dalam aksi persahabatan baru-baru ini.
Sebelum ini, S. Subramaniam ada menyuarakan keinginan untuk kembali mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara tetapi tidak mendapat respon dari K. Rajagobal. [Sini]
Aksi Subra diakui ramai pihak antara yang terbaik di Malaysia tetapi pengendali Kebangsaan terus membisu untuk memberikan peluang kedua kepada pemain ini.
Jelas sekali kelibat pemain ini masih gagal untuk menyakinkan pihak kejurulatihan Malaysia untuk membawanya msuk kembali untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya. -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
7 ulasan:
dri rizal fahmi baik le subra..nape le keling gopal tu bdohhhh
pyh nk pehei wes caro raja mikir
dr hafiz zamani baik la subra
sebab itu rajagobal perlukan pakar taktikal untuk bantu dia...dia nih kadang-kala tak napok ......kelebihan...atau keliru hok mano satu pilihan hati....setuju ko dok?
baik subra jauh dari rizal fahmi tuu.. ape masalah Rajagobal dgn subra ni..??
raja bersikap angkuh atekk sbb tu dio jd bengom..
pada pendapat kawe gopal ni sejak blh dato hari tu...dah jd terlalu yakin...dan lupa diri...rasa diri adalah terbaik dan x mahu terima terima cadangan jurulatih yg ada kat malaysia lg
Post a Comment