Kelantan Belasah Kuala Lumpur.

Kelantan memulakan aksi kompetetif pertama persiapan Piala Malaysia dengan membelasah Kuala Lumpur 5-0 di Stadium Selayang, malam tadi.


Menurunkan kesebelasan terkuat yang dimiliki, penguasaan bola nyata milik Kelantan dengan melakukan asakan bertali arus kearah kubu Kuala Lumpur.

Namun, Kuala Lumpur terlebih dahulu mengancam gawang The Red Warriors dengan sepakan gol tetapi dibatalkan kerana Afiq Azmi berkedudukan offside.

Kelantan akhirnya didepan pada minit ke-14 apabila Nurul Azwan Roya menjaringkan gol pembukaan selepas menyudahkan hantaran satu dua Norshahrul Idlan Talaha dan Azamudin Akil.

Pada minit ke-25, Kuala Lumpur berjaya melakukan satu percubaan melalui penyerang mereka tetapi tersasar walaupun Halim Napi sudah tertewas.

Seminit kemudian, stadium Selayang bergema dengan sorakan hampir 1500 penyokong Kelantan selepas Azamudin Akil berjaya menjaringkan gol kedua melalui cubaan jarak dekat setelah sepakan percuma berjarak 45 meter Daudsu gagal ditangkap kemas Ramezey Che Ros.

Memasuki minit ke-38, lorongan cantik Nurul Azwan Roya kepada Azamudin Akil ditampan keluar penjaga gol Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur tidak mengalah apabila Afiq Azmi mengambil kesempatan kesilapan pertahanan Sang Kijang untuk melepaskan satu percubaan jarak jauh namun tersasar pada minit ke-40.

Tidak lama kemudian, Norshahrul menerima dua peluang keemasan untuk menambah jaringan namun percubaan pemain ini berjaya diselamatkan Ramezey Che Ros.

Yong Kuong Yong pula menyaksikan rembatannya ditepis Halim Napi.

Cubaan Azamudin Akil dan Nurul Azwan Roya pada minit akhir separuh masa pertama turut tersasar keluar dari pintu gol Kuala Lumpur.

Bersambung babak kedua, Kelantan tidak menunggu lama untuk menambah jaringan. Kali ini Mohd Badri Radzi memanfaatkan situasi kelam kabut didalam kotak penalti Kuala Lumpur selepas tampanan awal Norshahrul Idlan gagal dikeluarkan pertahanan tuan rumah pada minit ke-53.

Dua minit selepas itu, Yong Kuong Yong melakukan rembatan kencang tetapi tersasar ke sebelah kanan pintu gol Kelantan.

Azamudin hampir mengandakan kedudukan Sang Kijang pada minit ke-56 tetapi sentuhan pemain ini kedalam gawang Kuala Lumpur dibatalkan selepas Badri Radzi terlebih dahulu didakwa melakukan kekasaran kepada Shahrom Kalam.

Suntingan satu lawan satu Afiq Azmi dengan Halim Napi dari jarak dekat pada minit ke-59 pula terkena palang gol.

Pada minit ke-66, sepakan R. Surendran hasil gerakan dari S. Chanturu dikeluarkan pertahanan Kuala Lumpur diatas garisan gol manakala Khairan Ezuan Razali menyaksikan sepakan dari jarak 30 meter meliar tinggi.

Kemasukan Solehin Kanasian memberi impak segera selepas pemain ini pantas menyempurnakan hantaran R. Surendran dengan sepakan kencang terkena tiang sebelum menerjah jaring untuk gol keempat Kelantan  pada minit ke-76.

R, Surendran mendapat satu peluang didepan gawang pada minit ke-85 tetapi hanya mampu menyepak keluar walaupun tidak dicabar pertahanan Kuala Lumpur.

Usaha berterusan Surendran untuk menghasilkan gol berbaloi pada minit ke-89 selepas menyudahkan hantaran cantik Ramzul Zahini dengan gelecekan keatas seorang pemain benteng tuan rumah sebelum merembat rendah menewaskan penjaga gol gantian Kuala Lumpur, Norazlan Razali.

Tambahan masa tiga minit yang diberikan gagal digunakan skuad Ibu Kota untuk mencari gol saguhati apabila Halim Napi kebal di pintu gol menafikan sepakan penyerang Kuala Lumpur untuk perlawanan berkesudahan Sang Kijang melompat tinggi ujian pertama dengan lima jaringan tanpa balas. -RedsfcNews-

Kesebelasan Utama

Kuala Lumpur: Razip Ismail.
Ramezi Che Ros (Gk), Azlan Zainal, Yong Kuong Yong, Azmi Sarmin, Norismaidham Ismail, DZaidin Zainudin, Afiq Azmi, Farouk Hashim, Shafiq Johari, Shahrom Kalam dan Kamaruzaman Mohamad.
Sub In: Khairul Anuar Shafie, Farid Ramli, Shahurazi,

Kelantan: Datuk M. Karathu

Halim Napi (Gk), Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi, S.Subramaniam, Aziz Ismail, S. Chanturu, Azwan Roya, Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Norshahrul Idlan dan Azamudin Akil.
Sub In: Solehin Kanasian, Ramzul Zahini, Nidzad Ayub, Khairan Ezuan, R. Surendran, Wan Rohaimi dan Wan Zaman Mustapha.

Statistik Perlawanan

Gol: 
Kuala Lumpur 0 - 5 Kelantan

Percubaan: 
Kuala Lumpur 10 - 24 Kelantan

Offside: 
Kuala Lumpur 3 - 1 Kelantan

Kad Kuning: 
Kuala Lumpur 0 - 1 Kelantan

Ball Posisi (%): 
Kuala Lumpur 45 - 55 Kelantan

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

6 ulasan:

Koi Dak Lepeh said...

tahniah Kelantan. Azamudin dan Surendran. kamu membanggakan warga Pahang utk perlawanan friendly ini.. Tahniah....

Mat Pintu said...

ulasan yang lengkap dan informatif. terima kasih!

abe jali said...

gud job the red warriors. teruskan dengan menang dengan selangor plok 17hb ni...

Anonymous said...

Besar molek mene.. dan terima kasih reds atas ulase penuh game. meme demo terbaik kerana sentiasa update TRW punya berita.. kalu ado anugeroh demo kawe letok list no1.. meme terbaik.. pujian kawe kepado demo...

Anonymous said...

hohhhhhhhhhh, timbok kelate timbok!

pojak said...

liey ball possesion tu bm dio penguasaan bola liey buke ball posisi.hehe