Pinjam Atau Ambil Terus?

Kebanyakan pasukan dalam Liga Malaysia bakal memulakan saingan piala teragung dengan merekrut beberapa nama pinjaman kedalam pasukan mereka.


Tidak kira pasukan negeri atau kelab, mereka rancak mencari pemain terhebat dari pasukan yang tidak layak untuk diserapkan kedalam skuad utama.

Saban tahun kedengaran pasukan yang bertanding mencari pemain untuk pinjaman dan kehadiran pemain ini ternyata merancakkan lagi saingan Piala Malaysia dengan aksi lebih bermutu.

Paling mencuri tumpuan, kelibat Azamudin Akil dari Pahang yang diburu dua gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Pemain yang bermain selaku penyerang utama Tok Gajah menjadi target utama dua pasukan untuk memperkukuhkan jentera pasukan masing-masing.

Pemain Harimau Muda turut tidak ketinggalan hangat di pasaran pinjaman selepas dilaporkan enam hingga lapan pemain mereka bakal bermain dalam pasukan berbeza untuk Piala Malaysia nanti.

Jika dilihat pada sudut positif, pinjaman pemain membantu setiap pasukan beraksi lebih baik daripada biasa kerana pemain yang dipinjam dapat memberikan kelebihan kepada pasukan bertanding.

Namun, kadangkala situasi ini menimbulkan perkara negatif kerana kebanyakan pasukan bukan sahaja meminjam pemain untuk Piala Malaysia sahaja, malah mengemukakan tawaran untuk terus kekal sehingga saingan musim depan jika pemain tersebut mempamerkan persembahan cemerlang.

Pujuk rayu serta tawaran kewangan yang tinggi akhirnya membuatkan pemain pinjaman memikirkan untuk terus berada dengan pasukan yang meminjam mereka.

Pasukan yang memberi pinjam tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebanyakan dari mereka hanya menawarkan kontrak setahun kepada pemain dan para pemain bebas memilih pasukan kegemaran jika ada pihak yang memberi kontrak.

Lihat contoh pada awal dekad 2000, Kelantan kehilangan seorang pemain berkaliber selepas memberi pinjam terus kepada Selangor. Tahun 2005, Kelantan terpaksa pula melepaskan "key player" mereka kepada Perlis setelah pasukan tersebut menawarkan kontrak tetap kepada dua pemain.

Mujurlah perbincangan yang berlaku akhirnya membuahkan hasil menang-menang dengan Sang Kijang menerima jumlah wang saguhati dari Singa Utara.

Situasi kini sudah jauh berubah, pasukan yang tidak layak terus menjadi mangsa apabila kehilangan pemain utama kepada pasukan lain tetapi itulah hakikat terpaksa mereka terima dalam era profesional. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

pojak said...

pade doh..kalu nok harap main nge tim demo hok tok layok tu..contohnya pahang,main liga perdana jah season depe.kalu striker berbakat supo azamudin nih patut main mano2 tim liga super

Anonymous said...

dio ni meme terbaik. sedap dio la main banding nge rojo & nizad ayub.

MOHDNOOR said...

kalu boleh ganding molek dgn matyo dan piya gak,ada pula
pitih, jgn tunggu lama2, nati diambil orang. kalu dinilai
pada perlwanan persahabatan, tidak sia-sia rw mengambilnya wlaupun mahal, cuma diharap Alex menjadi sungguh dalam pertandingan PIALA MALAYSIA . Barulah sedap kita gomo. begitulah hendaknya .