Kelantan bangkit dari prestasi hambar untuk membelasah Sarawak 4-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Empat gol dalam tempoh 10 minit memberikan Kelantan tiga mata berharga di hadapan hampir 8000 penyokong setia mereka.
Babak awal permainan menampakkan kesukaran buat anak didik Datuk M. Karathu apabila Sarawak dilihat lebih banyak bermain secara bertahan memaksa pemain Kelantan bekerja keras melakukan serangan.
Sehinggalah minit ke-14, barulah Kelantan berjaya melakukan percubaan bahaya melalui sepakan "volley" Shakir Shaari tepat kearah penjaga gol Sarawak.
Selepas itu, perlawanan berubah rancak dengan serangan bertali arus dilancarkan pemain Kelantan kearah kubu pelawat.
Percubaan Nurul Azwan Roya dari sebelah kiri hasil lambungan Azamuddin Akil pada minit ke-18 ditampan Aidil Mohd manakala sepakan Norshahrul Idlan Talaha sejurus selepas itu turut mudah ditangkap penjaga gawang Bujang Senang.
Minit ke-24, sepakan percuma Badri Radzi ditumbuk keluar sekali lagi Aidil.
Memasuki minit ke-36, percubaan Shakir Shaari dari jarak 25 meter terus ke dakapan penjaga gol lawan.
Aidil Mohd terus bertindak cemerlang pada minit ke-40 apabila sepakan kencang S. Chanturu dari sudut sukar berjaya diselamatkan.
Satu-satunya percubaan bahaya Sarawak pada minit ke-45 melalui sepakan percuma melambung tinggi ke sebelah kiri pintu gol Sang Kijang.
Bersambung babak, Sarawak terlebih dahulu mengancam kubu Kelantan melalui penyerang tinggi lampai mereka tetapi Shahrizan bertindak pantas menepis situasi satu lawan satu.
Tertekan menerima asakan awal pasukan pelawat, Kelantan melakukan serangan balas dan suntingan Norshahrul Idlan hanya lemah kepada penjaga gol pada minit ke-53.
The Red Warriors berpeluang didepan pada minit ke-65 namun jaringan gol Mohd Badri Radzi dibatalkan selepas pengadil mendakwa ketua pasukan Kelantan tersebut berkedudukan offside.
Seminit selepas itu, sepakan deras Norshahrul Idlan Talaha melambung tinggi.
Bobby Gonzales hampir meletakkan pelawat didepan pada minit ke-67 selepas satu serangan balas dari kawasan tengah, percubaan pemain ini sedikit keluar ketika Shahrizan sudah tertewas.
Tidak lama kemudian, Nurul Azwan Roya menerima peluang terbuka didepan pintu gol selepas mendapat hantaran lintang dari S. Chanturu tetapi dia memilih menyepak keluar.
Pada minit ke-75, S. Subramaniam melakukan percubaan dari jarak jauh tetapi turut tersasar.
Selepas bertungkus lumus melakukan serangan, gol yang dinantikan akhirnya menjelma melalui jaringan Mohd Badri Radzi pada minit ke-80.
Tujuh minit berselang, Norshahrul Idlan mengandakan kedudukan selepas hantaran satu dua dengan Mohd Badri Radzi disudahkan dengan sepakan kencang kedalam gol.
Minit ke-88, giliran Danial Fadly menambah jaringan selepas menyempurnakan hantaran Badri untuk menewaskan Aidil Mohd buat kali yang ketiga.
Seminit masa tambahan, Mohd Badri Radzi menutup tirai perlawanan dengan jaringan kedua peribadi dan keempat buat Kelantan hasil keadaan kelam kabut didepan pintu gol Sarawak. -RedsfcNews-
Kesebelasan Utama:
Kelantan: Datuk M. Karathu.
Shahrizan Ismail (Gk), S. Subramaniam, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Aziz Ismail, Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya (Danial Fadly), S. Chanturu, Azamuddin Akil (Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha.
Sarawak: Robert Alberts.
Aidil Mohd (Gk), Mazwandi Zekaria, Shahran Abdul Samad, Fareez Tukijo, Zamri Morshidi (Kp), Hairol Mokhtar, Bobby Gonzales, Dzulazlan Ibrahim, Shahrol Saperi, Wong Sai Kong dan Ashri Chuchu.
Pemain Terbaik: Mohd Badri Radzi.
Home / ANALISIS. /
BERITA PERTANDINGAN. /
PIALA MALAYSIA 2011 /
THE RED WARRIORS
/ Laporan Perlawanan Piala Malaysia: Kijang Catat Kemenangan Selesa.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 ulasan:
baru bene nge sawok pn soho dh, taik puki sgguh!
arr beratt.. soho kok mano abe.. berita keyy ni.. jeng koil demo...
slow2 supo thn lps bokali...thn lps pn no2 grouping...pusingan kaloh mati bru stat panah...arap2 msk final pulok la thn ni..bulih nk g SBJ pulok...
Kemah Kemim..
sian ko ijak sbb diola bulis gool ke 4. tp xdop namo
Post a Comment