Sathia mungkin ke ATM.

Bekas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan dikhabarkan akan melatih Angkatan Tentera Malaysia pada musim 2012.


Menurut sumber terdekat RedsfcNews, Sathia mungkin beralih arah kepada pasukan lain selepas pengantungan enam bulan yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah tamat.

Tempatnya kini bersama pasukan Kelantan tidak memberi banyak kepuasan kepada jurulatih yang telah membawa kejayaan besar pertama kepada negeri Cik Siti Wan Kembang menyebabkan dia terpaksa memilih pasukan lain.

Dia dirisik banyak pasukan tempatan termasuklah kelab dari luar negara namun memilih untuk berdiam diri seperti yang dilaporkan oleh media tempatan sejak sebulan lalu.


Tetapi kini khabar bertiup kencang, ATM yang bermain di Liga Perdana telah menawarkan tempat kepada B. Sathianathan untuk melatih mereka pada musim depan.


Jika benar, Kelantan bakal kehilangan sentuhan keramat jurulatih berasal dari Negeri Sembilan tersebut selepas menggunakan khidmatnya selama tiga musim. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 ulasan:

Anonymous said...

JOLO KO BRITO NI, KURER....

Anonymous said...

kawe sokong kalu abe ya kekal di klate. abe kar tukar gi ATM. taktikal abe ya lagi konsisten dri abe kar. Hidup RED WARRIORS

Anonymous said...

KAR DAN YA SAMA2 BAGUS..KAFA JAGA MOLEK DEMO DUA ORE NI..SAYE SGT KLU BUI KO TEAM LAIN.

shahrul said...

kaya rasa baik tan sri anuar musa buka kelab sendiri....kelab kelate...untuk abg ya...pilih permain muda ramai lg hok berbakat kos pun murah...blh main liga primer nanti...mcm...t.tean dan ganu /johor dan johor fc/selangor dan pkns selangor....kan untung tu