Ringkas: Selamat Datang Dennis, Emmanuel.

Dua pemain import yang akan menjalani percubaan dengan The Red Warriors untuk diserapkan kedalam pasukan pada musim 2012 selamat tiba di Kota Bharu, pagi tadi.


Kedua-dua pemain berasal dari Ghana ini dijangka akan menyertai seorang lagi pemain dari Crotia, Josip Bonacin untuk aksi persahabatan menentang Songkhla FC pada 7 Oktober depan.

Ketibaan Emmanuel Ayaah dan Dennis Antwi di Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia semalam disambut pihak TRWC KLiA dan selepas beramah mesra seketika, mereka terus menaiki penerbangan ke Kota Bharu.


Menurut maklumat yang diterima, dua pemain ini sudah melaporkan diri mereka di Wisma KAFA dan dijangka akan menyertai latihan pasukan Kelantan selewat-lewatnya 3 Oktober. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

Anonymous said...

Adik Li ...
Baiknya selepas ini adik Li ulas atau kupaskan sedikit biodata dan rekod permainan mereka berdua ini.
Sekurang-kurangnya peminat bola Kelantan tahu akan kelebihan pemain impot ini

RedsFC said...

InsyaAllah akan ditemuramah selepas ini... nt jumpa dia d stadium tidak lama lagi..